Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri Pecah Masuk Rumah, Tapi Tertidur Pula

4 ulasan


HUBEI - CHINA. Nasib malang menimpa seorang pencuri di China selepas dia tertidur di atas katil di rumah yang dimasukinya sebelum ditemui oleh pemilik rumah berkenaan.

Menurut Chutian Metropolis Daily, lelaki tersebut ditemui oleh pemilik rumah itu, yang juga seorang petani di Huanggang di Hubei selepas petani berkenaan pulang ke rumah tersebut pada Rabu minggu lalu.

Bagaimanapun, suspek memberitahu polis bahawa dia bukanlah pencuri sebaliknya hanya memasuki rumah yang pintunya terbuka untuk tidur kerana terlalu mengantuk.

Namun, polis berkata, lelaki terbabit menceroboh masuk ke rumah itu namun gagal menemui sebarang wang tunai atau barangan berharga. Disebabkan terlalu letih dan kelaparan, dia tiba-tiba berasa mengantuk sebelum tidur di rumah berkenaan.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan berkata, suspek meninggalkan rumah selepas bertengkar dengan keluarganya pada Februari dan berpindah dari satu daerah ke daerah yang lain, mencuri makanan dan barangan untuk terus hidup.

Katil tempat suspek tidur.

Sementara itu, keluarga pemilik berkata, suspek masih tidur ketika mereka tiba ke rumah itu.

Mereka menarik selimut dan mendapati lelaki itu berpakaian lengkap walaupun pakaiannya kotor.

Dia cuba melarikan diri, namun pemilik bertindak mengunci pintu dan memanggil jiran untuk bantuan.

Siasatan berhubung insiden berkenaan masih diteruskan, petik South China Morning Post.

Sumber: SCMP
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Ayo buruan daftar disini ya f*a*n*s*b*e*t*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli