Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Operasi Mencari & Menyelamat Lelaki 24 Tahun Dibawa Arus Diperhebat, Keluarga Sudah Buat Laporan



HULU LANGAT, 17 JUN: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang dilaporkan dihanyutkan oleh arus deras dalam insiden banjir di Hulu Langat diperhebat.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohd Syafiq Ramli, operasi mencari mangsa, Taufik Alias, yang dilaporkan hilan gdi kawasan IKBN Hulu Langat masih dijalankan.

Kita telah memulakan operasi mencari mangsa sejak jam 8 pagi tadi dengan mengerahkan seramai 19 orang anggota bomba sehingga mangsa ditemui.

Selain itu juga menerima bantuan daripada unit khas kita serta dibantu anggota dari balai Shah Alam dan Pelabuhan Klang,” katanya  sebagaimana lapor Selangor Kini.

Turut difahamkan, kejadian itu sudah mendapat pengesahan pihak polis sendiri.

Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis tentang kehilangan mangsa dan pihak kami telah pun membuat pemantauan sejak jam 2 pagi semalam selepas makluman diterima,” katanya.

Sebelum ini, video yang memaparkan mangsa dibawa arus deras menjadi viral di media sosial.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, seorang penunggang motosikal dibawa arus sambil beberapa penduduk di kawasan berhampiran menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Mangsa dilihat terkapai-kapai di dalam air sebelum dibawa arus ke arah Sungai Serai.

Sumber: Selangor Kini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 5 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. on_qq game online poker terbaik pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam
  4. yang butuh dana dengan modal 15.000 add pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam
  5. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli