Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nampak Buruk Macam Tak Berharga, Jurutera Ini Kongsikan Sebab Kenapa Kita Perlu Memburu Lelongan Rumah Busuk


Sudah pasti ramai antara kita apabila melihat rumah itu usang atau buruk, maka perasaan teruja untuk mendapatkan rumah akan hilang atau tiada.

Namanya mungkin rumah busuk, tetapi tahukah anda yang hartanah 'murah' ini sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang tinggi tanpa orang ramai tahu.

Jika rumah berkenaan menjadi barangan lelong di mahkamh, sebenarnya ia mendapat perhatian ramai para penggila hartanah, seperti dikongsikan oleh seorang jurutera bernama Ir Ajak Abdul Razak di mana beliau menyatakan 7 alasan kenapa kita perlu memburu rumah busuk.

7 ALASAN MEMBURU RUMAH BUSUK

1. MASIH BANYAK TERDAPAT STOK RUMAH BUSUK:

Terdapat banyak stok rumah busuk di pasaran lelong di seluruh negara, boleh dikatakan saban hari akan ada sahaja tempat lelongan awam diadakan samada lelong akan berlangsung di mahkamah, pejabat tanah, pejabat pelelong atau di adakan di mega auction di dewan hotel ternama

2. TIMBA PENGALAMAN DI KAMAR LELONGAN:

Timba pengalaman masuk lelongan awam, berada di kamar lelongan awam, kawal rasa takut dan gemuruh di mana kita perlu rasional untuk membuat bidaan dalam kamar lelong.

Kawal emosi supaya tidak terlalu ghairah untuk menang sahaja kerana kita perlu membuat bidaan ikut bajet yang telah ditetapkan
Jangan over bajet tauu

3. BINA NETWORKING KAWAN MINAT RUMAH BUSUK:

Setiap kali kita pergi masuk lelong
Kita akan bertemu kenkawan yang hadir sama
Kenkawan di kalangan pelelong, lawyer, pembida, runner dan kenkawan yang datang teman rakan mereka

Kita bina networking yang baik dengan mereka, suatu hari nanti pasti akan memberi manfaat

4. KUAT SEMANGAT:

Setiap kali mahu masuk lelong kita mesti mempunyai semangat yang kuat
Kuat nak cari pelbagai info

Semangat nak masuk bidaan lelong tanpa jemu
Jika kita kalah ... jangan rasa kecewa ... terus berusaha tanpa putus asa

5. REZEKI UNTUK DAPAT RUMAH BUSUK DENGAN HARGA RENDAH:

Usaha tanpa jemu kita terus memburu rumah busuk, ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan peluang rezeki untuk dapat rumah busuk dengan harga yang rendah.

Hari ini kita tidak berjaya, esok pun masih gagal, kita terus usaha tanpa henti, mungkin bulan depan rezeki kita untuk menang lelong... betoikan

6. USAHA SEDIAKAN MODAL:

Nak beli rumah busuk, nak memiliki rumah busuk mesti nak usaha untuk sediakan modal.

Tak kisah lah apa cara sekalipun usaha yang dilakukan untuk sediakan modal tersebut samada melalui pinjaman bank, jv dengan kalangan family mahupun menabung dari duit gaji bulanan
Walaupun payah untuk dapatkan modal tetapi kita tetap berusaha

7. BERGANTUNG KEPADA ALLAH:

Setelah usaha dilakukan dengan sebaiknya, semua ikhtiar telah dibuat, maka jalan yang terbaek kita berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan jalan untuk kita memiliki rumah busuk.

Kita bertawakal dan berserah kepada Allah, senantiasa bersangka baik dengan segala ketetapan yang ditakdirkan
Wallahualam ...

NOTA:









Gambar yang disertakan adalah gambar kes sebenar rumah busuk yang aku kalah bidaan pada semalam di mahkamah tinggi seremban, rumah 2 tingkat unit tengah.

Harga rizab RM30 ribu, harga rizab baru adalah RM38 ribu
Setiap kali kenaikan harga RM6 ribu
Harga terakhir bidaan RM102 ribu
Kenaikan sekitar lebih 300 peratus tur
Jumlah pembida sekitar 35 orang
Rumah busuk pun semua orang berebut rebut
Korang nampak ker ???
Status tanah: freehold
Lokasi Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
Anggaran market value rumah basic yang keadaan asal sekitar harga RM120 ribu
Anggaran kadar sewa rumah basic RM550 ke RM750 sebulan

Setelah habis baca
Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer sebagai sumber inspirasi

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Mampos baik la ko onoberita. Sume berita maksiat je ko post

    BalasPadam
  2. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  3. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  5. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli