Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mula-Mula Dapat Berita Hanya Mak Dan Ayah Meninggal, Tapi Rupanya Semua Ahli Keluarganya Terkorban


BANDAR SERI JEMPOL: "Dua kali ayah ajak ikut ke Kuantan untuk menghantar adik tetapi saya tidak mahu," itulah cerita Wan Mohd Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, Wan Mohd Hazim adalah anak kepada mangsa kemalangan yang rentung di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong di sini, petang semalam, lapor Berita Harian.

Kemalangan itu telah menyebabkan semua enam ahli keluarga Mohd Hazim maut akibat rentung iaitu bapanya Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; ibunya Mas Noraida M Yusoff, 45; abangnya Wan Mohd Muhaimin, 22, dan tiga adiknya Wan Nor Athirah, 18; Wan Mohd Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7.

Wan Mohd Hazim yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu menyatakan dia jarang mengikut keluarganya ke mana-mana kerana baru tamat pengajian dan perlu menguruskan perniagaannya.

"Ayah selalu ajak saya jika mahu ke mana-mana dan pagi tadi (semalam) dia beria-ria mahu saya ikut tetapi saya yang tidak mahu. Saya agak terkilan kerana tidak mengikut mereka bersama," katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, malam tadi.

Menurut beliau, dia hanya mengetahui mengenai kemalangan itu daripada polis yang datang ke rumahnya di Putrajaya kira-kira jam 6 petang.

"Pada mulanya dia hanya dimaklumkan hanya ibu bapanya yang meninggal dunia dalam kemalangan. 

"Tetapi pada jam 8 malam, saudara memberitahu semua ahli keluarga saya meninggal dunia," katanya yang reda dengan tragedi menjelang Aidilfitri itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Ayo buruan daftar disini ya f*a*n*s*b*e*t*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli