Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Membayar Zakat Fitrah, Boleh Juga Dibuat Secara Atas Talian, Ikuti Langkah-Langkah Ini

No Comment

Bila mana tiba bulan puasa, ramai di antara kita akan mula memperbanyakkan lagi amalan-amalan yang selalunya dilakukan pada bulan biasa. Ia adalah kerana, setiap amalan yang dilakukan akan dilipat kali gandakan ganjarannya.

Begitu juga dengan rukun Islam ke-4 iaitu membayar zakat, yang mana setiap kali bulan puasa kita diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. Ia boleh dilakukan dengan menemui amil, sama ada di masjid, atau lokasi yang telah ditetapkan.

Bayaran bagi zakat pula adalah berbeza mengikut setiap negeri, dan ianya perlu dilakukan sebelum menunaikan solat aidilfitri.

Namun begitu, disebabkan sikap selalu bertangguh, tidak mahu beratur, atau terlupa, ramai di antara kita sering membayar di saat akhir, dan ianya sedikit sebanyak buatkan kita terkejar-kejar.

Tapi, menerusi perkongsian dari saudara Khairul Ezuwan ini, kita sebenarnya boleh sahaja membayar zakat fitrah secara atas talian. Bagaimana caranya?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: antaranews

Bayar Zakat Fitrah Online

Ini yang Saya lakukan dari tahun lalu. Kita ni manusia kadang-kadang kita terlupa....

Walaupun sesetengah orang tidak suka dengan cara ini mungkin kerana lebih selesa berjumpa dan bersalam akad sendiri dengan Amil yang mengutip zakat fitrah.

Pada Saya sendiri , saya lebih suka bayar melalui Amil tetapi pernah satu tahun dulu waktu bujang Saya pernah hampir terlupa, tengah malam raya Saya gegar rumah Pak Imam ,Amil yang mengutip zakat. Muka pasrah jer pak Imam tu buka pintu .

Apa yang kita boleh lakukan adalah awal minggu pertama atau kedua bulan Ramadan, kita buat dahulu bayaran zakat fitrah online . Lembaga Zakat Selangor mempunyai kemudahan ini. Negeri-negeri lain anda cek dahulu ye .

Ini lebih mudah kerana berada di hujung jari kita. Namun , bila kita berjumpa atau terserempak dengan Amil di bazaar, Masjid , depan bank & sebagainya, Saya fikir tidak salah jika kita bayar lagi sekali jika kita mampu kan.

Pada saya , saya lebih suka back up dahulu dengan online ni sebelum kita terlanjur terlupa sehingga akhirnya menjelang Syawal Baru teringat tidak berbayar lagi zakat fitrah. 

Maklum la kita ni biasanya "Nanti dulu la, banyak masa lagi". "Ala ramai la orang beratur , nanti-Nanti la bayar". Akhirnya mimpi atau perasaan jer dah bayar . Hakikatnya belum bayar lagi.

Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u


1. Login id M2u anda

2. Pilih bahagian ‘Bill Payment’


3. Klik ‘Make a one-off payment’

4. Ambil bahagian All Payee 'Category’ pilih ‘Zakat & Charity’

5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki. (Contoh Lembaga Zakat Selangor )
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar. 

Jumlah bayaran yang ditetapkan setiap negeri.

Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan. Boleh Share

-KEY-

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli