Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Membayar Pinjaman PTPTN Menggunakan Pembiayaan Peribadi, Lima Perkara Ini Perlu Dipertimbangkan Terlebih Dahulu

No Comment
Foto: thebalance

Kesukaran untuk membayar pinjaman kewangan sering kali berlaku pada kebanyakan kita semua, ia sedikit sebanyak merumitkan keadaan kerana jumlah tunggakan akan mula bertambah.

Mahu atau tidak, pinjaman tersebut harus juga dilunaskan, supaya nama tidak disenarai hitam, dan tidak disekat untuk ke luar negara.

Begitu juga dengan pinjaman pendidikan, iaitu PTPTN yang mana, akibat dari kelewatan mendapatkan pekerjaan, ada di antara kita tidak membayar secara bulanan. Sehinggakan, lama-kelamaan ia semakin banyak, dan nama disenarai dalam CCRIS.

Bagaimana pula, sekiranya kita membuat pembiayaan peribadi untuk membayar tunggakan PTPTN tersebut?

Sebelum membuat keputusan tersebut, kita harus terlebih dahulu ketahui beberapa perkara ini dalam menilai untuk membuat pembiayaan peribadi.

Mari kita ikuti perkongsian dari saudara Khairul Ezuwan ini.

Foto: jointessential

Buat Personal Financing untuk selesaikan PTPTN. Apa pandangan KEY?

Soalan : 

Saya Baru bekerja . Kerja kerajaan. Sekarang saya ada masalah CCRIS kat PTPTN view 18,19,20 . Balance lebih kurang RM16,000 Apa yang perlu Saya buat ? Nak restructure atau bayar guna personal loan? Nak bayar cash saya takde. Boleh Saya dapatkan pendapat KEY ?

Jawapan : 

Untuk Soalan ni ramai orang tidak setuju guna personal Financing untuk bayar Baki PTPTN tersebut kerana profit rate PTPTN lebih rendah dari Profit rate Personal Financing. Tapi saya mempunyai pandangan berbeza dalam kes Awak ni . Dalam kes Awak ni, Saya setuju Awak buat personal financing untuk buat full settlement PTPTN tersebut berbanding buat restructure berasaskan :

1. Jumlah Baki pembiayaan PTPTN tidak terlalu besar.

2. Jika Awak buat restructured PTPTN, akan muncul status ''C' pada item CCRIS tersebut yang lebih akan menyukarkan Awak untuk dapatkan pembiayaan akan datang .

3. Buat pembiayaan peribadi tu untuk tempoh jangka Pendek sahaja. 3-5 tahun.

4. Jika tidak, selesaikan Baki yang tertunggak guna duit sendiri, selepas itu buat pembayaran bulanan PTPTN secara konsisten. Satu tahun CCRIS Itu akan hilang.

5. Letakkan Restructured @ Rescheduled sebagai pilihan yang terakhir. Jika disebutkan dalam CCRIS anda mempunyai Status 'C' ini. Ini adalah status Bagi orang yang mempunyai masalah kewangan yang kritikal. walaupon ia hanya PTPTN ia terkait sekali kerana melalui proses tersebut.


Ini contoh kesan restructured. Memang track view 0,0,0, tapi keluar status 'C' tu akan mengakibatkan anda sukar untuk mendapatkan pembiayaan lain akan datang .

-KEY-

- Siakap Keli

BACA: Nak Bayar Habis Pinjaman PTPTN Guna Akaun 2 KWSP, Tapi Skrol & Transkrip Hilang, Lelaki Ini Kongsi Cara Yang Anda Boleh Lakukan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli