Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mat Redho Terima Jemputan Dari American Ninja Warrior, Jadi Satu-Satunya Wakil Tunggal Dari Malaysia Bertanding

6 ulasan

Mungkin ramai yang sudah mengenali dengan pemuda ini, iaitu Mohd Redha Rozlan, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Redho, yang tular pada tahun lalu.

Yang mana pada bulan Ogos 2016 yang lalu, video yang memaparkan Mat Redho di dalam sebuah rancangan popular di Jepun iaitu Ninja Warrior, telah membuatkan rakyat Malaysia teruja, akan kemunculannya di dalam Sasuke Viet Nam (Ninja Warrior versi Vietnam) di Vietnam.

BACA: (Video) Mat Redho Berjaya Lepas Pusingan Kedua 'Ninja Warrior' Vietnam, Kibar Jalur Gemilang Dengan Megah di Vietnam

Mat Redho telah berjaya pada pusingan pertama dengan catatan masa di bawah 46 saat, dan kemudiannya ke pusingan kedua, yang turut berjaya menghabiskan aksi dengan masa 34 saat sahaja.

BACA: (Video) Aksi Redha Rozlan Dalam Ninja Warrior Kagumkan Netizen

Kejayaan yang ditunjukkan oleh Mat Redho telah membanggakan rakyat Malaysia, kerana dia satu-satunya pesaing dari Malaysia pada ketika itu.

Mungkin sudah lama kita tidak mendengar akan berita mengenai Mat Redho, tapi dalam status terbaru yang dimuat naik olehnya di Instagram, ia sedikit sebanyak telah memberi petanda baru akan kemunculan Mat Redho dalam Ninja Warrior.


Berita yang dimuat naik olehnya adalah mengenai jemputan yang diterima untuk menjadi salah seorang peserta dalam rancangan American Ninja Warrior. Apa yang membanggakan juga adalah, Mat Redho satu-satunya wakil dari Malaysia untuk pertandingan itu.

“Sangat sibuk seminggu dua ini, kerana dapat jemputan dari ANW agak lewat, paling sukar untuk membuat US Travel Visa”, tulisnya di Instagram.

Mat Redho akan berlepas ke US pada 16 Jun ini, yang mana akan transit seketika di UK, dan terus ke Las Vegas, Nevada.

Tambahnya lagi, Mat Redho mengharapkan doa dari rakyat Malaysia, agar diberi kekuatan untuk bertarung di sana kelak.

“Doakan perjalanan saya ke sana, semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk bertarung dikala puasa”, katanya.

Bukan itu sahaja, Mat Redho turut berkata, “Ini bukan kali pertama aku bertarung demi Negaraku pada bulan puasa, dan apatah lagi ketika raya, harap-harap semua berjalan lancar”.

Pastinya kemunculan Mat Redho sebagai salah seorang peserta yang akan bersaing dalam American Ninja Warrior akan dinanti-nantikan oleh kita semua.

Aku busy teruk seminggu dua ni pasal dapat invitation dari ANW agak lewat..so bende yang paling sukar adalah nak buat US Travel Visa...ohhmakkoi...susah gile nak dapat pasal last minutes request, terima kasih dekat kekasih ai Nurein Kamdan pasal bantu aku banyak bende untuk settle up semua ni..Malangnya kekasih aku tak dapat nak ikot sebab faktor2 tertentu..dan paling ketara adalah costing nak ke sana..angaran cost adalah pegi ummrah untuk 2org.. #nangis Jadi secara rasminya..aku akan fly ke Las Vegas, NEVADA pada tangal 16th June dan transit di UK sebelom ke US..doakan perjalanan saya kesana..semoga segala urusan dipermudahkan dan di beri kekuatan untuk bertarung di kala puasa..ni bukan kali pertama aku bertarung demi #negaraku pada bulan puasa and apatah lagi ketika Raya, harap2 semua berjalan lancar..amin..so sape2 yg terlajak kaye tu boleh lah dermakilat #Gofundme hahaha #PecahTabungLagi
A post shared by 👉Redha Rozlan👈 (@matredho) on

Sumber: Mat Redho

- Siakap Keli








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  3. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam
  4. ion_qq game online poker terbaik pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam
  5. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di [email protected]*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

  6. gabung di dewalotto sekarang juga y..
    banyak permainan seru..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli