Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahu Bersara Umur Berapa? Pelan Tindakan Mengikut Lingkungan Umur Sebelum Bersara Ini Boleh Dijadikan Rujukan

3 ulasan

Setiap apa jua kerjaya yang kita cebuti sudah pasti ada ‘tamat tempohnya’, yang mana kita akan menamatkan waktu bekerja jika sudah mencapai tahap minima atau maksimum berkhidmat dalam satu-satu perkhidmatan.

Mungkin ada di antara kita, yang masih berkira-kira atau tidak pasti sama ada perlu menatmatkan perkhidmatan dalam tempoh masa yang ditetapkan, atau pun boleh berhenti awal.

Bagi seorang yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam bahagian Sumber Manusia, Pn Marlia Ramli, telah kongsikan mengenai apa yang perlu dilakukan dalam setiap lingkungan umur, dalam merancang kewangan untuk menjamin masa persaraan nanti.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


MAHU BERSARA UMUR BERAPA?
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.

Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan!

Ini belum lagi citer bila dah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap akak ingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah asset tapi liabiliti.

Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya?

Akak faham agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, akak cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur.

Yang baru 20-an, untung lah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran” cam umur akak ni, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastic!


UMUR 20-AN

* Jangan follow trend hipster
* Bina pendapatan kecil-kecilan
* Belajar menabung 15% - 60%
* Cari ilmu kewangan dan belajar
* Baca buku, hadiri seminar, cari guru
* Mulakan tabung bersara seawal usia
* Tanamkan mindset untuk bersara selesa

UMUR 30-AN

* Beli insuran perubatan
* Mulakan pelaburan secara agresif
* Carilah peluang menjana pendapatan pasif
* Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji
* Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan
* Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan
* Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka

UMUR 40-AN

* Lindungi asset daripada inflasi
* Elakkan liabiliti jangka panjang
* Fokus 100% kepada tabung persaraan
* Menabung, menabung dan menabung
* Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif
* Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”

UMUR 50-AN DAN 60-AN

* Selesaikan segala hutang piutang
* Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi
* Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda
* Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta
* Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga
* Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan


Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa akak tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara. Akak ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun.

Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa.

Akak juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.

Silalah baca tulisan level cakar ayam akak tu. Akak cadangkan anda tulis matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik.

Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.

Oh ya! Macam yang akak selalu cakap, kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Akak yakin anda akan sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda.

Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri.

Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambil lah tindakan segera!

Semoga bermanfaat!

Salam sayang ampun maaf dipinta!

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandar
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli