Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#JanganLebihLebih, Rakyat Malaysia Buang 270,000 Tan Makanan Yang 'Tidak Diusik' Atau Belum Dimakan Setiap Kali Ramadan



Puasa dari segi istilah membawa maksud menahan diri daripada makan dan minum dan juga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Ketika dibulan puasa, umat Islam amat dituntut untuk bersederhana, jangan sesekali melakukan perkara yang sia-sia atau boleh membawa kepada dosa.

Namun, ada satu masalah sebenarnya sudah lama berlarutan, iaitu pembaziran walaupun perbuatan ini amat dilarang agama Islam tambahan di bulan puasa.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp, sepanjang sebulan Ramadan tahun lalu, rakyat Malaysia telah membuang sebanyak 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula iaitu jika dilonggokkan makanan tersebut, ketinggiannya adalah bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC.


Fakta ini memang agak mengejutkan, tetapi itulah yang berlaku setiap tahun di mana jika dilihat di bazar Ramadan itu sendiri, ramai antara kita yang rambang mata memilih makanan dan akhirnya makanan dibeli terlalu banyak.

Kerana sikap yang tidak 'ukur baju pada badan sendiri' itu, makanan akan dibazirkan dan dibuang ke dalam tong sampah.

Jadi, setiap kali anda hendak ke bazar Ramadan, ingat hashtag ini #JanganLebihLebih, berbelanjalah ikut saiz perut kita apabila berbuka nanti, bayangkan apabila makanan kita yang tidak habis dibuang, ingatkan kita ianya satu dosa, ingatkah kita betapa susahnya sesetengah orang lain yang nak beli makanan pun tidak mampu.


Ingat, contoh jika anda pergi ke bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur, seperti kita ketahui disana terdapat pelbagai makanan sedap dijual, tetapi tolonglah berbelanja #JanganLebihLebih, perlu diketahui bahawa bazar Ramadan berkenaan sebenarnya dibuka sebulan setiap hari, jadi kita boleh cuba beli satu-persatu makanan yang dijual pada hari berbeza dalam sebulan.

Ada juga antara kita suka berbuka puasa di tempat-tempat mahal seperti di hotel mewah, adalah satu kerugian jika kita selalu berbuka di tempat berkenaan kerana kita perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk berbuka puasa, ianya membazir, jadi berbelanjalah #JanganLebihLebih. Membazirkan amalan syaitan

Bagi peniaga, memang diakui bahawa bulan Ramadan merupakan bulan keberkatan, rezeki bagi mereka yang berniaga makanan melimpah ruah.

Tetapi, kepada segelintir peniaga tolonglah #JanganLebihLebih dalam mengaut keuntungan sehingga terjadinya karipap inti oksigen, yang sudah pasti ianya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kepuasan pembeli.

Jika kita masak elok dan sedap, pelanggan yang sama akan berulang kali datang beli, jadi tidak rugi pun kan? jadi #JanganLebihLebih.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada segelintir peniaga yang sanggup makanan mereka yang tidak habis dijual rosak dari diberikan kepada orang lain, itu cukup menyedihkan, bukan semua tetapi ada segelinit, kan elok lauk lebih itu disedekahkan kepada masjid, anak-anak yatim atau pun mereka yang memerlukan seperti fakir miskin.

Pernah nampak banyak kali di beberapa bazar Ramadan berbeza, ada peniaga air sanggup curah air mereka niaga tak habis ke dalam longkang dari berikan air yang dah tak dijual itu kepada orang lain di sekeliling.

Tak rugi pun kan, dari biar basi, membazir, berdosa, bila bersedekah makanan habis, dan dapat pahala, jadi #JanganLebihLebih membazir.



- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli