Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Syarikat Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba



Shah Alam, 13 Jun - Isu syarikat pengendali kren menuntut bayaran sebelum membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu operasi menyelamat tidak pernah berlaku kerana ia sering dilakukan secara sukarela.

Utusan Online melaporkan, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebanyakan pengendali kren yang diminta membantu dalam operasi menyelamat menganggap pertolongan yang mereka berikan itu sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

"Ini kali pertama kita menghadapi situasi di mana (syarikat) operator kren meminta bayaran terlebih dahulu sebelum melakukan kerja.

"Namun, kalau perlu bayaran biasanya akan diuruskan selepas operasi itu kerana ini kejadian kecemasan dan kita tidak sempat untuk keluarkan surat tawaran (LO) serta memang prosedur operasi standard (SOP) begitu," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Dalam tragedi kemalangan yang mengorbankan nyawa lapan nyawa di Bahau-Keratong pada Ahad lalu, operasi mengeluarkan enam mangsa yang rentung terpaksa mengambil masa lima jam.

Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa (syarikat ) pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan.

Wan Mohd. Nor dalam pada itu mengakui ramai anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat tidak mengetahui tentang perkara itu.

"Bahagian operasi tidak mengetahui perkara ini sebab ia dikendalikan oleh bahagian kewangan," ujarnya.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Haii .... buat kamu yang suka BOLA, yuk mari gabung di F4nSBeTT1N9
    Komunitas sepak bola terbesar, aman dan terpercaya di indonesia :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli