Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Terkejut Jumpa Tempiras/Sengkenit Bersarang Dalam Telinga Anak, Siap Dah Bertelur


Seperti diketahui bahawa Tempiras, Kutu Babi atau Cengkenit merupakan 'drakula' kecil yang menjadi igauan ramai orang pada waktu malam ketika tidur terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada haiwan peliharaan.

Serangga penghisap darah ini sesuai membiak di kawasan yang tahap kelembapannya tinggi serta dalam keadaan suhu yang suam-suam kuku, terutamanya di badan mamalia atau burung, jadi anak-anak terdedah bila memeluk haiwan peliharaan yang sentiasa keluar rumah.

Jadi tidak hairanlah apabila anak kita yang terdedah kepada haiwan peliharaan yang sering keluar rumah kawasan telingan meeka sering menjadi 'lokasi' rumahnya seperti beberapa kes sebelum ini.

Jom kita baca perlongsian Puan Sarah Rosli di mana telinga anaknya telah menjadi 'mangsa' serangga penghisap darah ini.



Allah.. Kesiannya kat anak mamy..

Sumpah wei, mesti hampa scary + meremang bulu roma bila dengar apa yang kami nak share ni.. Tambah2 bila melibatkan anak sendiri..

Semalam baru 1st time kami dgr binatang nama 'tempiras'. Sebelum ni tak penah dengar n tak penah tengok pun mcm mana rupa dia sampai la bila tgk sendiri depan mata bila binatang tu masuk tlinga Erika.

4-5 hari lepas ada prasan jugak bila Erika lepas mandi ja dia tak bagi lap tlinga dia. Lepas lap kepala dia ja, cepat2 dia nk lari.. Ingatkan sebab dia nk tgk upin ipin kat tv, so tak peduli sangat la.. Tapi benda tu berlarutan sampai byk hari bila stiap kali mandi ja dia tak bagi lap n bila part nk pakai/buka baju ja dia mcm nak elak2 bila terkuis tlinga dia.

Bila asyik camtu ja, rasa tak sedap hati jgk pastu tanya dia kenapa.. Erika bagitau tlinga dia sakit.. kita ni pun nak tengok la dah dia kata sakit.. Tapi dia lari tak bagi pegang.. Yang si mamy ni pun bendoi, biarkan ja bila anak tak bagi tengok sampai nangeh2, terus tak jadi belek..bila tanya kenapa sakit, dia kata semut gigit.. Budak 3 tahun, sakit sikit semua salah semut..

Sampai la petang semalam masa drive keta Erika duduk sebelah n cakap 'mamy tlinga Erika sakit'. Masa kat trafic light tu terus tengok2 tlinga Erika even dia tak mau bagi.. Ada nampak kecik2 warna hitam kat area telinga dia.. Yang si mamy ni pun sebab tengah drive kuis2 jela benda2 hitam tu kat telinga Erika sebab Ingat habuk..(Tak boleh belek betul2 sebab tengah drive)

Lepas buka posa Erika terlena, mamy dia ni baru la boleh skodeng telinga Erika.. kalau dia tgh sedar, jangan harap la dia nak bagi sentuh. Bila tengok tak la nampak apa pun sampai la bila belek kat celah cuping tlinga! Nampak ada benda warna hijau+biru2 sikit.. Ingatkan nanah bila panggil dedy Erika trus dia kata

''Ini bukan nanah, ini tempiras, binatang ni gigit sakit ni sebab dia hisap darah.."



Ya Allah kesianya kat Erika.. Patut la nak sentuh telinga pun dia tak bagi. Ada binatang gigit rupanya.. Pastu dedy Erika pun cepat2 ambik kepit kuku n tarik binatang tu kluar.. Tapi sebelum tu Erika nangeh jangan tanya la mcm mana.. Dedy dia kata slalunya kecik ja binatang tu tapi kali ni besar maybe sebab dah lama dia ada kat tlinga Erika.



Lepas dah buang tempiras tu rasa la lega hati sikit n terus rasa nk Google tengok apa tu tempiras. Bila Google ja trus naik gambar "tempiras bertelur dalam telinga manusia''.. Ada gila wei tahap meremang bulu roma tu bila tengok telur2 tu sebijik sama macam bintik2 hitam yang ada kat celah2 telinga Erika!.. Mati2 ingat hitam2 tu darah kering kesan gigit tempiras tu la..



Memang ingat nak cuci next time ja sebab Erika dah meraung sakit bila nak kuis telinga dia lagi.. Tapi rupanya bukan.. Tu telur dia.. Tempiras akan bertelur bila dia dah kenyang..! Ya Allah geli sungguh2 laa...

Lepas tau tu telur dia, cepat2 panggil dedy Erika suh cuci bagi clear semua sebab takut masuk dalam lubang tlinga. Bayangkan la Erika punya meronta masa tu tak bagi sentuh tlinga dia. Nanges ni jangan tanya la.. Naseb bek la mamy Erika ni sado jugak.. Peluk kuat sampai dedy dia polish habeh baru boleh lepas dia.. Nanges sampai teresak-esak.. Mamy tak dapat bayang la Erika oii kalau telur2 tu tak buang dari telinga Erika... Allahuakbar...



Tak tau la mana Erika p ambik binatang tu.. Nak kata duduk dalam hutan, rumah taman.. Hutan nak mai celah mana? Hmm.. Tapi rupanya binatang ni suka duduk kat kucing! Erika ni suka pegang kucing walhal kami tak bela kucing pun.. Erika pun tau mamy dia akan marah bila dia pegang kucing tp biasa la budak2 bila mak dia tak tengok, masa tu la dia ambik kesempatan.. hmm

Tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi.. Harap2 benda ni tak kena la kat budak2 lain.. Tak sangka tempiras ni bahaya rupanya.. Sampai lani, geli geleman tak habeh.. jenuh garu pala..

Ini bukanlah kes pertama kami kongsikan, kes ini pernah terjadi kepada anak Puan Nadhrah Zulkifli di mana anaknya turut menjadi mangsa serangga penghisap darah ini, jadi ibu bapa diluar sana, sentiasa peka jika telinga anak kita sakit atau telihat sesuatu di kawasan telingannya.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. admin...numpang promo yah :)
    cuma disini tempatnya game online proses mudah,cepat dan terjamin,di add yuk 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. yang butuh dana dengan modal 15.000 add pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di [email protected]*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli