Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"I Love You" - Kereta Dipenuhi Contengan Dakwat Merah Dikatakan Selepas Blok Kereta Lain


Kota Kinabalu - Laman Facebook Sabah Viral hari ini memuat naik satu foto yang memaparkan sebuah kenderaan diconteng dikatakan selepas menghalang kenderaan lain di sebuah hospital di sini.

Posting yang memaparkan kereta berwarna putih itu dipenuhi dengan contengan marker berdakwat merah menjadi viral di media sosial.

Antara tulisan-tulisan yang jelas kelihatan adalah:

"I Love You", "I Love You, You Love Me, We Are Happy Family", One Piece berserta logo, Tiada Hadiah, dan juga gambar dua orang lidi sedang bercinta.


Agaknya, kereta itu berada di tempat berkenaan terlalu lama sehinggakan si penconteng sempat menconteng dalam kuantiti yang banyak.

Bagaimanapun, polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ekoran isu viral tersebut pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan sekitar hospital terbabit.

"Setakat pukul 6 petang ini kami belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kenderaan yang diconteng itu," katanya di sini hari ini.

Bagaiamapun, ada juga beberapa pengguna internet melaporkan tindakan itu dilakukan oleh bekas teman lelaki pemandu kereta terbabit.

Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli