Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hati Saya Sudah Sejuk, Saya Dah Maafkan Dia, Jadi Saya Padam Video Tu Dari Facebook," - Mohd Azrul


Sejak beberapa hari lalu menjadi tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang mengamuk selepas tidak berpuas hati sengan seorang lelaki kerana dikatakan menghalangnya untuk keluar di pintu kedai stesen di Bukit Senyum, Johor Bahru.

Bagaimanapun video memaparkan wanita mengelaurkan kata-kata kesat itu yang telah ditonton oleh 500,000 orang itu sudah dipadam.

“Hati saya sudah sejuk, saya sudah padam video itu di akaun Facebook saya, semalam. Saya maafkan dia dan saya juga minta maaf," kata pemilik video berkenaan.

Menurut beliau, dia mahu meminta maaf kepada wanita itu namun tiada saluran yang boleh menghubungkannya dengan wanitanya.

Beliau berkata, pertengkaran bermula apabila dia sedang menuju ke pintu keluar dari dalam kedai dengan pergerakan yang perlahan kerana sedang membaca mesej pada telefon bimbit di tangannya.

"Secara tiba-tiba seorang wanita datang dari belakang dan memarahi saya sambil memaki hamun kerana dianggap menghalang laluannya untuk keluar sedangkan terdapat satu lagi pintu keluar di sebelah."

"Pada mulanya saya mahu minta maaf, tetapi apabila dia membodohkan saya di hadapan orang ramai, saya menjawab dengan mengatakan masih ada satu lagi pintu boleh digunakan.

"Tidak cukup dengan membodohkan saya, dia mengeluarkan kata-kata kesat sambil menjerit-jerit sepanjang dia berjalan ke keretanya," katanya.

Selepas keluar, wanita berkenaan dilihat masih belum berpuas hati dengan bertindak menghalang motosikalnya untuk keluar dari tempat meletak motosikal di mana seorang lelaki dari dalam kereta wanita itu bertindak mengambil gambarnya.

"Saya takut gambar saya akan disalah guna atau difitnah, jadi saya bertindak untuk merakam video wanita itu sambil menceritakan apa yang berlaku sebagai bukti jika berlaku apa-apa pada saya.

"Tujuan saya memuat naik video itu di akaun Facebook saya hanya untuk mendapatkan respon dari rakan, tidak sangka ia boleh menjadi tular sebelum saya padam semula video itu semalam," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli