Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna Cara ‘Reverse Psychology’, Ustazah Ini Kongsi Pendekatan Untuk Ubah Anak Lelaki 'Lembut’ Kembali Kepada Fitrah Kejadian

6 ulasan

Mungkin ada di antara ibu bapa di luar sana yang bingung atau pening kepala dalam mebesarkan anak-anak yang mempunyai ragam mereka tersendiri. Ia kadang kala membuatkan ibu bapa mati akal akan apa yang harus dilakukan.

Setiap anak yang hadir dalam hidup suami dan isteri, ia memberikan satu tanggungjawab dalam mencorakkan mereka untuk menjadi insan yang soleh dan solehah, serta mengenali jati diri mereka.

Namun begitu, mungkin ada ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan tingkah laku, atau pembawaan diri anak lelaki yang ‘lembut’.

Bukan bermaksud mereka ini bermasalah, tetapi sebagai ibu bapa, mereka pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak agar tidak menjadi mangsa masalah sosial, lebih-lebih lagi gejala buli.

Bagi seorang guru, iaitu Ustazah Noraizah Abdul Hamid, yang mana sebagai seorang guru, apabila ada dalam kalangan pelajar yang ‘lembut’ karakternya, ia sedikit sebanyak membuatkan susah hati.

Ini kerana ia akan merugikan anak bangsa, dan banyak kesan buruk dari baiknya, membiarkan anak lelaki yang konflik identity terus hanyut dalam dunia khayalan ciptaannya.

Pendekatan yang dilakukan oleh Ustazah Noraizah ini, adalah bantuan dari ibu bapa pelajar, serta dari kaunselor sepenuh masa, Pn Aisyah Abd Hamid, dan Ustaz Zawawi Hj Mughni.

Oleh itu, menerusi pendekatan yang digunakan oleh Ustazah Noraizah, berdasarkan pengalamannya menangani kes pelajar ‘lembut’, beliau telah kongsikan beberapa pendekatan yang boleh dilakukan.

1. Bawa ke kem bina jati diri

Foto: expedia

Sewaktu bertugas sebagai guru kaunseling, ada pelajar yang mempunyai masalah konflik identit. Pelajar dibawa ke Kem Azhar di Morib dan beberapa kem untuk bina jati diri.

2. Buat program lasak

Pelajar-pelajar ini perlu melibatkan diri dalam melakukan aktiviti program lasak yang disediakan oleh guru, khas untuk mereka.

3. Boikot pelajar lelaki lembut

Berpakat dengan semua guru-guru untuk boikot pelajar dengan krisis identity ini, dan ‘kutuk’ pasal lelaki lembut. Secara tidak langsung, mereka akan ‘tension’ dan akhirnya dating ke bilik kaunseling. Di sini pendekatan main Tarik tali digunakan.

4. Hargai pelajar

Berikan pelajar ini tanggungjawab yang sesuai. Berikan mereka tugasan seorang pelajar lelaki dan aktiviti lasak.

Foto: nspcc

5. Hadiri sesi kaunseling individu & kelompok

Sesi ini penting dalam beri kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab peribadi. Bantu mereka fahamkan fitrah kejadian sebagai lelaki. Pemikiran pelajar ini kena ‘twist’, dan ingatkan tentang keistimewaan lelaki.

6. Berikan kerja lelaki

Sikap ‘lembut’ pelajar perlu dikesan dari awal, guru kena peka dan cepat tangani. Jika Nampak mereka ini ‘lembut’ berikan kerja-kerja lelaki.

7. Luaskan pergaulan dengan lelaki tulen

Foto: eurekatent

Bapa di rumah perlu memainkan peranan, rapatkan diri dengan anak lelaki. Biar mereka tahu betapa seronoknya menjadi seorang lelaki tulen.

8. Mak jangan beri anak lelaki ini kerja perempuan

Kemas rumah, memasak, dan sebagainya, jangan sesekali mak minta anak ini buat kerja perempuan, walaupun dalam rumah Cuma ada satu-satunya nak lelaki yang boleh harap, lagi-lagi bila anak itu ada ciri-ciri lembut.

Berilah mereka kerja panjat memanjat yang melibatkan cara orang lelaki.

Hasilnya

Pelajar lelaki ‘lembut’ yang menerima 8 pendekatan ini, kembali menjadi lelaki sejati dan ramai yang sudah berjaya, Alhamdulillah.

Ada yang menjadi guru, kaunselor, peguam dan sebagainya.

Sumber: Mingguan Wanita

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di [email protected]*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

  5. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam
  6. Dewalotto agen judi terpercaya no 1 Asia ayo daftarkan diri anda di dewalotto*org

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli