Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman Masing-Masing


KUANTAN: Jenazah kedua-dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108, yang terkorban selepas pesawat mereka terhempas di Chukai, Terengganu telah selamat tiba selepas diterbangkan ke kampung halaman masing-masing, lapor Berita Harian.

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan beberapa ahli keluarga telah diterbangkan menggunakan sebuah helikopter EC725 ke Padang Awam FELDA Lui Muda dekat Jempol, Negeri Sembilan pada 8.15 pagi untuk dikebumikan di kampung halamannya itu pagi ini.




Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari sedang disembahyangkan di Masjid Kariah FELDA Lui Muda dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.
Gambar: TUDM

Sementara itu Jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof  juga telah selamat tiba di Kuala Lumpur selepas diterbangkan dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan ke Pangkalan Udara Subang menaiki pesawat Hercules C130H pada 8.45 pagi tadi.




Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Ibnu Sina, untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar lagi.

Terdahulu, jenazah kedua-dua mereka telah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas bedah siasat kira-kira jam 5.45 pagi.

Jenazah dikafan dan disembahyangkan di Surau Al-Taqwa yang diimamkan Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuantan, Mejar Mohd Zaki Kassim bersama kira-kira 200 anggota TUDM yang lain.

Selepas solat jenazah, keranda kedua-dua mereka telah dibalut dengan Jalur Gemilang dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda penghormatan.

Mohd Hasri, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang dikendalikan dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu, semalam.

BACA: Dua Juruterbang Pesawat Hawk 108 Yang Dilapor Hilang Ditemui Maut

BACA: Pesawat Hawk TUDM Terputus Hubungan Selepas Berlepas Dari Pangkalan Udara Kuantan

Mayat mereka berdua telah ditemui pada jam 2.30 petang semalam dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing.

Pesawat Hawk 108 yang dikendalikan mereka itu telah berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada jam 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 6 ulasan )
  1. NUMPANG PROMO BOSKU
    SILAHKAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO
    BANYAK PROMO MENARIK !

    BalasPadam
  2. SITUS BANDAR ONLINE 2017 #DEWA-LOTTO
    BURUAN BERGABUNG SEKARANG JUGA

    BalasPadam
  3. yuk coba keberuntungan mu di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5-E-E-8-0-A-F-E, banyak permainan dan game seru loh disini :)

    BalasPadam

  4. Yuk daftar kan diri anda di ARENADOMINO permainan poker yang sekarang menghadirkan permainan baru game SAKONG silahkan bermain dan menang kan JP nya..

    BalasPadam
  5. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam

  6. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli