Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Orang Ramai Tergamam Apabila Aligator Gergasi Muncul Bersiar-siar di Padang Golf


Seekor aligator berukuran 12 kaki mengejutkan pengunjung minggu ini apabila ia muncul di sebuah padang golf.

Buaya gergasi itu, yang dipercayai aligator tempatan yang digelar 'Sherman the Tank', bersiar-siar di kawasan berumput.

Orang ramai dikawasan tersebut tergamam apabila Sherman muncul berdekatan dengan sebuah kolam.

Bagaiamanpun, Sherman tidak mengendahkan keadaan sekelilingnya, dan dia meneruskan perjalanan sehingga menghilangkan diri di dalam semak berdekatan di Ocean Creek Golf Course di Fripp Island, South Carolina.

Salah seorang pengunjung, Jessica Miller, 27, berkata: "Ia sememangnya seekor aligator yang sangat besar.

Terdapat dongeng dari kawasan berdekatan yang mengatakan tentang aligator bersama 'Sherman the Tank' jadi ini mesti dia.

'Mereka akan berhenti membesar apabila mencapai saiz tertentu jadi ianya sukar untuk mengagak umurnya berapa.

"Biasanya, aligator akan muncul di tengah malam jadi peluang menyaksikan haiwan itu sebesar ini sangat jarang sekali.





Sumber: Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli