Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Enam Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak Yang Disebabkan Oleh Kurang Pemahaman Mengenai Orang Sekeliling

5 ulasan
Foto: parentingblog

Setiap anak ada gaya mereka yang tersendiri, jadi ibu bapa adalah insan yang mencorakkan mereka, dan menyesuaikan apa yang dilakukan mengikut keselesaan anak-anak.

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang berdepan dengan tingkah laku anak-anak yang berbeza dengan anak orng lain, dan ia sedikit sebanyak membuatkan rasa bimbang.

Terdapat beberapa tingkah laku anak-anak, yang berlaku disebabkan oleh cara yang salah dalam melayan anak-anak.
1. Menyampuk/mengganggu perbualan

Dengan menyatakan, “Jangan kacau!”, ianya tidak akan berhasil.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengajar mereka untuk menunggu giliran, apabila ingin berbicara, setiap hari dan di rumah.

Tidak kira di mana juga, sama ada ketika makan malam, atau pun sewaktu kita sedang berbual dengan seseorang di telefon.

Sebolehnya, cuba untuk berkata sebegini kepada anak:

“Mak/ayah nak berbual dengan kawan di telefon, dan adik jangan ganggu ya. Mak/ayah akan berhenti bercakap dengan kawan bila jarum panjang jam menunjukkan nombor itu”.

2. Pegang barang dekat kedai atau meminta untuk dibelikan

Sangat penting untuk sentiasa memastikan mereka tidak boleh mendapatkan apa yang diminta, dan ibu bapa tidak seharusnya membelikannya jika tidak perlu.

Bagi anak-anak, mereka menganggap boleh ambil barang begitu sahaja, kerana mereka tidak faham yang ibu bapa membeli barang berdasarkan senarai yang telah disediakan.

Ibu bapa boleh cuba membuat senarai barang yang ingin dibeli bersama dengan anak (lukis gambar sekiranya mereka tidak tahu membaca). Biarkan anak memegang senarai barang tersebut, dan ibu bapa hanya melihat adakah barang yang dibeli mengikut senarai itu.

3. Tidak berkata-kata dengan sopan

Melatih anak-anak untuk bersikap sopan adalah baik di awal usia, tapi ia mungkin sedikit sukar. Bagi cara yang mudah adalah, dengan menyatakan perkataan ‘ajaib’ iaitu, jangan lakukan apa yang anak minta sehinggalah mereka berkata ‘tolong’.

Ibu bapa boleh mulakan pertuturan, ‘terima kasih’, ‘hai’, atau ‘bye’ terlebih dahulu tanpa menunggu anak-anak untuk menyatakannya.

4. Bercakap semua perkara

Anak-anak sukar untuk memahami akan sesuatu perkara yang tidak boleh dikongsi bersama orang lain. Mereka tidak ada rasa malu, serta tidak tahu bagimana untuk berka-kata, sesuai dengan sesuatu keadaan.

Jadi, selalunya ibu bapalah yang akan berasa malu.

Cuba gunakan pendekatan atau konsep, ‘rahsia rumah’, yang mana sesetengah perkara tidak boleh dikongsikan dengan orang lain.

5. Takut ditinggalkan

Anak-anak membesar dengan mempunyai rasa takut untuk berjauhan dari ibu bapa, bila mana ibu bapa itu sendiri meletakkan jurang antara mereka dan aktiviti harian.

Mereka telah meletakkan satu fikiran yang mana, jika buat perkara ini, nanti baju akan kotor, atau koyak.

Perkara sebegini akan berlaku, bila mana ibu bapa mula membenarkan anak-anak untuk bermain apa sahaja di taman permainan, tetapi mereka akan cuba untuk tidak bermain, kerana telah mempunyai satu tanggapan yang tetap.

6. Ganggu orang lain

Bila anak mula untuk bergaul dengan oarng yang baru dikenali, ia adalah satu petanda yang mereka ada rasa percaya.

Namun begitu, anak-anak tidak mengetahui akan apa yang orang dewasa inginkan.

Jadi, ibu bapa atau orang dewasa, mungkin akan berdepan dengan situasi melayan karenah anak setiap masa, sehinggakan tidak mampu melakukan perkara lain.

Sumber: Bright Side
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam

  4. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  5. Numpang Share Ya Admin.. Di Add Ya 7.B.F.5.9.3.4.5

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli