Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Perkara Ini Tidak Seharusnya Ibu Bapa Lakukan Sekiranya Melihat Anak Orang Lain Tengah 'Mengamuk'

3 ulasan
Foto: fatherly

Anak-anak biasanya punya dua masa yang berbeza, iaitu masa gembira dan juga masa buat perangai. Ini yang selalunya harus dihadapi oleh ibu bapa tiap-tiap hari, di mana sahaja berada.

Jika anak kita yang buat perangai, seperti meronta-ronta atau menangis, kita pasti tahu apa yang mereka inginkan, dan ad acara sendiri dalam menyelesaikannya.

Tapi, sekiranya kita melihat anak orang lain yang memangis dan mengamuk, apakah kita boleh memberi nasihat kepada ibu bapa tersebut, dalam cara mengawal anak-anak itu?

Sebenarnya, ia tidak banyak membantu, mengapa?

Jom kita teruskan bacaan.

Foto: oydad

Secara umumnya terdapat dua jenis amukan kanak-kanak yang biasa kita lihat di tempat awam atau pun apabila berkunjung ke majlis-majlis atau rumah rakan dan saudara-mara

1. Amukan kerana tidak mendapat apa yang diingini. Ini adalah ‘tantrum’ yang sering kita alami dan lihat berlaku kepada anak orang lain juga.

2. Amukan kerana anak terlalu terbeban dengan pelbagai stimulasi di persekitaran seperti terlalu ramai orang, terlalu bising, terlalu berwarna-warni ataupun suhu tempat yang tidak sesuai.

Ini dikenali sebagai ‘sensory melthdown’ yang berlaku apabila sensori atau deria anak terlalu terbeban dengan stimulasi berlebihan.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda melihat anak orang lain mengamuk di depan mata anda. 

Apa yang anda lakukan? Adakah anda hanya berlalu seolah-olah tidak nampak? Adakah anda memberi nasihat? Adakah anda membantu? Adakah anda senyum? Atau adakah anda bersyukur itu bukannya anak anda yang mengamuk?


APABILA ANAK ORANG LAIN MENGAMUK

1) Tidak perlulah memberi nasihat kepada ayah atau ibu anak tersebut jika anda tidak tahupun sebab anak itu mengamuk.



Jangan membuat andaian.

Jika anak kita sering mengamuk kerana inginkan sesuatu, anak orang lain mungkin mengamuk kerana stimulasi yang berlebihan. Memberi nasihat seperti “Jangan beri muka sangat pada anak tu!” mungkin tidak berkaitan langsung dengan asbab amukan anak tersebut. 

Nasihat seperti "Anak ini mengantuk ni. Tidurkanlah dia.” adalah sama sekali tidak releven kiranya anak tersebut cukup tidurnya tetapi amukannya disebabkan oleh lapar.
Andaian anda mungkin tidak betul.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Berilah nasihat hanya apabila diperlukan.

Jangan menambahkan tekanan yang sedia ada dengan nasihat berbau kritikan, sindiran atau ‘holier-than-thou’.

Amukan anak bukanlah disebabkan kegagalan 'parenting' semata-mata, ia berlaku kerana anak belum atau tidak pendai meluahkan kekecewaan dengan cara yang betul.

2) Tidak perlulah merenung (stare) anak beranak tersebut sehingga mewujudkan perasaan tidak selesa mereka

Cukuplah sekadar memandang sekali lalu. Jika bertentang mata secara tidak sengaja, senyumlah kepada ayah atau ibu yang sedang berhempas pulas itu dengan senyuman memahami bukannya dengan senyuman sinis atau senyuman lega “Alhamdulillah itu bukan anak saya!”

Tidak perlu juga memandang dengan pandangan “Oh comelnya anak itu mengamuk” kerana Tuhan saja yang tahu comel atau tidak situasi sebegini kepada kedua ayah dan ibu anak tersebut.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Jika ayah atau ibu tersebut memerlukan bantuan bersifat fizikal contohnya kerana air tertumpah, atau barang terlalu banyak untuk dibawa atau perlu bantuan menolak stroller atau perlu bantuan membuka pintu dan sebagainya, hulurkanlah bantuan tersebut. 

Atau mungkin ketika di rumah rakan atau saudara-mara ayah atau ibu tersebut memerlukan seseorang untuk tengok-tengokkan anak yang tidak mengamuk sementara menguruskan anak yang mengamuk, anda mungkin boleh membantu.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Sumber: Parent Connect

- Siakap Keli

BACA: Anak Asyik Minum Susu Saja, Tapi Tak Mahu Nak Makan, Ikuti Tips Ini Dalam Latih Anak Untuk Mula Makan ‘Real Foods’
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. bosen lagi gak ada kerjaan main aja di dewalotto^info banyak game yang seru....

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandar
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli