Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Data Internet Memang Tak Pernah Cukup, Sebab Itu ONEXOX Tawar Data Ekstra Untuk Pelanggan Baru


Sekiranya anda berhajat untuk memiliki atau bertukar kepada prepaid jimat dan fleksibel ONEXOX, ada baiknya jika anda berbuat sedemikian sekarang kerana telco itu sedang menawarkan penambahan data ekstra sekali ganda dengan pelan pembelian pelan data Season Pass FAT 10GB atau 5GB.

Dengan kata lain, pelanggan baharu ONEXOX akan menerima 10GB data percuma untuk kegunaan 30 hari apabila membeli Season Pass FAT 10GB (yang berharga RM50) atau 5GB data percuma untuk kegunaan 30 hari apabila membeli Season Pass FAT 5GB (yang berharga RM30).

Mungkin bagi pelanggan-pelanggan telco lain, data yang banyak seperti itu tidak bermakna kerana mempunyai tamat tempoh yang pendek tetapi buat pelanggan baru ONEXOX, tamat tempoh tidak menjadi satu masalah buat mereka kerana data itu boleh mempunyai jangka hayat sehingga 28 bulan.

Yup, 28 bulan atau 2 tahun 3 bulan. Itu sebabnya ONEXOX terkenal sebagai telco yang sangat fleksibel di negara ini.

Cara nak dapatkan data percuma ni senang sahaja. Beli kad prepaid baharu ONEXOX atau tukar nombor lama menerusi MNP. Kemudian, cepat-cepat beli pelan Season Pass FAT 10GB atau 5GB. Pembelian Season Pass FAT juga boleh dibuat melalui laman web disini.

Pelanggan yang bertukar menerusi MNP secara atas talian juga akan menerima akses premium KKBOX secara percuma, jadi adalah lebih baik bertukar menerusi atas talian. Tukar sekarang menerusi pautan ini: http://onlinestore.xox.com.my/mnp.

Tawaran data berganda ini sudah pun berlangsung dan akan tamat pada 31 Ogos, jadi kena cepat-cepat sebelum terlambat.

Untuk Yang Belum Biasa Dengan Season Pass ONEXOX: Beli, Simpan, Guna, Kongsi


ONEXOX menggunakan cara yang unik untuk memikat hati pelanggan. Bagi yang belum tahu, Season Pass ONEXOX menggunakan tagline Beli, Simpan, Guna dan Kongsi bagi menggambarkan cara uniknya secara keseluruhan.

Secara ringkasnya, pelanggan akan membeli data/minit panggilan/SMS untuk disimpan dalam akaun season pass. Kesemua pembelian ini tidak akan tamat tempoh selagi nombor prepaid masih belum tamat tempoh.

Untuk lebih memahami, kita ambil contoh:

Encik Abu membeli membeli 5GB data Season Pass. 5GB data ini akan disimpan di dalam akaun Season Pass Encik Abu. Untuk menggunakan datanya, Encik Abu cuma perlu mengaktifkan berapa yang mahu dia gunakan sementara bakinya masih selamat tersimpan di dalam akaun Season Pass selagi nombor prepaid masih belum tamat tempoh. Encik Abu juga boleh berkongsi data/minit/SMS di dalam akaun Season Pass dengan pengguna ONEXOX lain.

Fleksibel bukan?

Untuk maklumat lanjut, ganjaran-ganjaran lain dan terma serta syarat, layari http://onlinestore.xox.com.my/purchase.php?pack=FAT10 atau www.facebook.com/xoxmalaysia atau boleh hubungi 1300 888 010.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli