Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dah Sampai Dubai, Lelaki Dari Indonesia Ini Jalan Kaki Ke Mekah Untuk Tunai Ibadah Haji


Sungguh tabah, itulah kata yang boleh digambarkan mengenai tindakan seorang lelaki yang bertindak berjalan kaki dari Indonesia ke Makkah kerana mahu menunaikan ibadah haji.

Mochammad Khamim Setiawan, 29, yang berasal dari Desa Rowokembu di Pekalongan Jawa Tengah kini telah menjadi tular di media sosial, dia dilaporkan telah memulakan pengembaraannya pada 28 Ogos tahun lepas.

Memetik laporan, tindakan dia ke Mekah adalah bukan untuk menunggu musim haji semata-mata, sebaliknya turut cuba mempelajari ilmu agama dari cendiakawan-cendiakawan Muslim dan berkenalan dengan mereka yang berlatar belakangkan budaya yang berbeza'.

Mochammad Kamim sebelum ini tinggal bersama ayahnya, Syaufani Solichin, 74, selepas ibunya meninggal dunia 10 tahun lalu dan menurut bapanya Mochammad Khamim kini berada di Dubai selepas mengharungi perlbagai rintangan.


Menurut beliau, anaknya itu yang sedang dalam perjalan ke Mekah selalu berhubung dengannya dan berceritakan mengenai gelagat atau budaya orang tempatan yang ditemuinya di setiap persinggahan.

"Anak saya sangat kuat dan bersemangat. Kalau ada sesuatu yang dia mahu, dia akan dapatkannya, dia tidak meminta sebarang bantuan kewangan dari saya.

"Khamim bagitahu yang dia pernah hampir dirompak sebelum meninggalkan Indonesia. Kemudian di Thailand."

"Di India pula orang tempatan memberikan arah yang salah kepadanya dan ia memperlahankan perjalanan anak saya," jelas Syaufani.

Beliau pada mulanya agak ragu-ragu adakah anaknya itu akan berjaya sampai ke Makkah, namun berita yang diterimanya anaknya itu kini sudah sampai di Dubai membuatkan dia begitu yakin misi anaknya itu berjaya.


Antara negara yang telah direntas Khamim dengan berjalan kaki adalah Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Oman dan Emeriah Arab Bersatu. - Siakapkeli.my

Laluan yang dilaluinya

Sumber: Kitabisa.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli