Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Baru di Hari Raya Ini

No Comment

Alat memasak yang selalu kita gunakan mesti telah digunakan berkali-kali, dan telah lama. Tetapi, ianya masih elok lagi untuk digunakan, walaupun mempunyai karat, serta kesan kerak yang melekat pada permukaan kuali dan periuk.

Bila dah macam ini, mestilah nak disental dengan kuat, lagi-lagi kalau dah terlalu lama, dan kerak tersebut mula menebal.

Bukan itu sahaja, bila dah nak dekat raya, mesti nak semuanya nampak baru, biar pun tak dapat beli yang baru, tapi kalau dah berkilat, pastinya memuaskan hati, dan berkobar-kobar nak memasak juadah hari raya.

Anak-anak yang ada dekat rumah pun, mestilah hairan, dan mereka pun akan seronok nak tolong, mana tidaknya, bila sesi membasuh periuk belanga nanti tidaklah terlalu sukar, sebab kerak dan karat dah tak ada.

Kali ini, admin nak kongsikan cara bagaimana kita boleh hilangkan karat dan kerak dengan mudah.

1. Asam limau



Ini selalunya kita gunakan nak hilangkan minyak kan, tapi sebenarnya boleh juga untuk hilangkan karat, atau kerak.

Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.

Lepas tu, rendan seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.

2. Kentang



Ini agak luar biasa sedikit, ingat benda lembut tak boleh buat kerja macam ini.

Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).

Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat atau kerak tersebut.

3. Cuka



Cara ini mungkin perlukan masa sedikit lama, lebih-lebih lagi jika karat atau kerak yang tebal.

Anda campurkan cuka, jus lemon, dan ‘baking soda’ dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk.

Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.

4. Asam keping



Ambil dalam segenggam asam keping tersebut, campurkan air sedikit, dan biar ia mendidih di dalam kuali atau periuk yang ada kesan karat.

Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.

5. Soda bikarbonat



Cara ini memerlukan anda untuk memanaskan air gunakan kuali atau periuk, kemudian masukkan soda bikarbonat tersebut.

Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci.

Puan Dania Ellyka juga telah gunakan cara yang sama, hasilnya kuali tersebut tampak seperti baru, berkilat sahaja.

6. Aluminium foil



Anda boleh letakkan sedikit sabun pencuci pada bahagian yang terjejas, selepas itu, boleh mula menggosok dengan menggunakan ‘aluminium foil’ tersebut.

Gosok secara kedepan dan kebelakang secara berterusan.


Kebanyakan barang yang digunakan untuk kerja-kerja ini, sudah ada dekat rumah. Jadi, lepas ini, bolehlah mula menyental periuk belanga yang ada, ajak sekali anak-anak, untuk isi masa terluang yang ada. Raya nanti, barulah boleh bergaya dengan barang dapur yang seakan baru ini.

Sumber: Dania Ellyka
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli