Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bercuti Ke Melbourne, Australia, Ini 5 Tip Yang Perlu Dititikberatkan Sebelum Melangkah Keluar Dari Lapangan Terbang, Melbourne

No Comment


Mungkin selepas ini ada yang merancang, atau telah membeli tiket penerbangan untuk melawat ke Australia, khususnya di Melbourne. Bagi yang baru pertama kali ke luar negara, atau ke Melbourne, sudah pasti segala perancangan harus dibuat dengan baik.

Daris egi perancangan, pada awalnya perlu dibuat secara asas, lebih-lebih lagi untuk beberapa perkara penting seperti, tiket penerbangan, visa, tempat tinggal, kad sim juga pengangkutan.

Untuk itu, menerusi perkongsian dari Dr Ahmad Firdaus ini, yang mana telah berkunjung ke Melbourne pada musim luruh yang lalu, Dr Firdaus kongsikan 5 perkara penting ini, untuk dijadikan rujukan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


5 TIPS SEBELUM MELANGKAH KELUAR DARI MELBOURNE AIRPORT

Ringkasan pengembaraan ke Melbourne:

1. Bilangan ahli rombongan: 13 orang
2. Tempoh bercuti: 8 hari 7 malam
3. Musim bercuti: luruh (autumn)

Sebelum nak gebang pasal itinerari, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

1. PENERBANGAN

Sebelum sampai Melbourne Tullamarine Airport, kena naik kapal terbang dulu. Oleh kerana Malindo Air hanya ada penerbangan sehingga ke Perth sahaja, pilihan kos rendah yang kedua terbaik sudah tentu Air Asia X. Hanya dua syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan terus (direct flight) ke Melbourne - Air Asia X dan Malaysia Airlines.

Kos penerbangan dengan Air Asia X lebih kurang 30 peratus lebih murah dari Malaysia Airlines – termasuk kos bagasi, makan (1 set meal) dan pilihan kerusi. 

Harga tiket yang lebih murah boleh didapati ketika ada promosi. Memandangkan penerbangan tempoh hari adalah pada waktu cuti sekolah, jangan harap nak dapat tiket paling murah.

Kos penerbangan Air Asia X:

RM 1749 (return) termasuk bagasi 20 kg, 1 set makanan dan pilihan tempat duduk awal.
Penerbangan ke Melbourne pada hari Ahad jam 1030 malam, manakala penerbangan pulang ke KLIA2 adalah pada hari Sabtu jam 1035 pagi. Kos penerbangan mungkin lebih murah jika perjalanan dibuat di pertengahan minggu.

Kenapa saya pilih penerbangan pada waktu malam?

i. Jimat kos penginapan di Australia. Walaubagaimanapun, tidur dalam flight tidak begitu selesa jika badan sado seperti saya.
ii. Makanan yang dibeli boleh disimpan sehingga akhir penerbangan untuk dijadikan sarapan pagi.
iii. Seluruh hari boleh digunapakai untuk bersiar sementara menanti check in di penginapan.


2. VISA

Jangan lupa untuk memperoleh visa sebelum bertolak ke Melbourne. Permohonan visa hanya boleh dibuat secara atas talian (online). Ada dua kaedah yang boleh digunapakai.

A. Melalui border.gov.au, dengan kadar AUD 20 (jangan lupa convert)
B. Melalui agen yang mengenakan bayaran antara RM 20 hingga RM 50

Saya menggunakan kaedah (B). Mula – mula risau juga, takut kena scam, tapi setelah ramai rakan rapat yang menggunakan khidmat yang sama, saya menjadi yakin. Alhamdullilah dah balik dari Australia dah ni.


3. SEWA KERETA

Kalau berseorangan atau berdua, adalah lebih sesuai menggunakan pengangkutan awam. Tetapi kalau dah sampai 13 orang dalam rombangan, kereta sewa adalah lebih baik.

Untuk percutian kali ini, saya menyewa sebuah Hyundai Imax (Strarex) 8 tempat duduk dan sebuah Hyundai Elantra 5 tempat duduk. Ingat ye, tiada istilah meriba anak kecil. Setiap penumpang perlu ada tempat duduk khas dan bertali pinggang. Kanak – kanak wajib memakai booster seat atau baby seat.

Syarikat yang menjadi pilihan hati adalah Apex Car Rentals. Ia menawarkan pakej yang paling murah berbanding syarikat lain seperti Hertz, Avis dan Budget.com.



Kos kenderaan termasuk insuran dan bantuan di jalanan (zero excess)untuk 7 hari adalah:

Hyundai Starex – AUD 815.46
Hyundai Elantra – AUD 470.1
Total = AUD 1285.56 = RM 4380.75 (AUD 1 = RM 3.41)

Kereta sewa dibekalkan dengan GPS percuma (tempoh promosi) dan tangki minyak yang penuh. Pastikan kenderaan diperiksa dengan cermat dan segala cacat cela direkod dalam borang yang disediakan. Tangkap gambar bahagian yang terlibat untuk bukti yang lebih kukuh.

Satu masalah dengan Apex adalah, pejabat urusannya terletak 5 minit perjalanan dari lapangan terbang. Walaubagaimanapun, khidmat shuttle disediakan untuk ke pejabat urusan. Jika kenderaan ingin dihantar atau diambil diluar waktu pejabat, kenderaan sewa akan diletakkan di Quality Hotel. Khidmat shuttle juga disediakan. Cuma perlu tambah AUD 40 sebagai bayaran tambahan.


4. PENGINAPAN

Sebolehnya, tempah tempat penginapan dengan lebih awal untuk mengelakkan kecelaruan. Bayangkan nak cari tempat yang boleh muat 13 orang. Nasib baik ada AirBnB. Tempahan rumah sewa AirBnB sangat sesuai untuk kumpulan yang besar. 

Harga secara purata juga adalah lebih murah berbanding menyewa bilik hotel. Tambahan lagi, kebanyakan AirBnB menyediakan ruang dapur yang lengkap untuk tetamu memasak.



Tips untuk sewa AirBnB dengan berkesan dan tenang:

i. Tempah rumah atau bilik dari hos yang menerima banyak komen positif dari tetamu mereka. Kalau boleh elakkan hos yang belum pernah ada tetamu yang memberi komen negatif.

ii. Hubungi dahulu hos secara personal sebelum membuat tempahan. Tanya sebanyak yang boleh berkenaan rumah yang hendak disewa. Jangan segan – segan. Kebanyakan hos amat gemar melayan pertanyaan tetamu secara berhemah.

iii. Sebelum menaiki pesawat ke Melbourne, hubungi hos dan beritahu dengan jelas bila anda dijangka tiba. Jangan lupa untuk memberikan nombor telefon tempatan setelah anda memperoleh kad SIM. Biasanya, hos akan memberitahu cara – cara untuk membuka lock box yang menyimpan kunci rumah.

iv. Jaga rumah dengan baik. Telitikan ‘house rules’ yang ditetapkan dan hormati tatacara yang telah ditetapkan. Di Melbourne, hos akan menitikberatkan cara pembuangan sampah. Pastikan barang yang boleh dikitar semula diasingkan dan dibuang dalam tong sampah berasingan.




5. KAD SIM

Sebelum jejak kaki keluar dari lapangan terbang, jangan lupa beli kad SIM tempatan. Dengan adanya SIM tempatan, lebih mudah untuk anda berhubung dengan keluarga dan tak lupa juga untuk navigasi menggunakan Waze.

Di arrival hall, ada kedai Optus yang menjual kad SIM prabayar dengan kadar yang agak berpatutan. Pakej untuk 7 hari penggunaan adalah sebanyak AUD 15.

Ia memberikan panggilan tempatan dan SMS tanpa had serta 500 MB data internet sehari. Cukup untuk kegunaan harian. Jangan streaming video sudah.

AHMAD FIRDAUS
Jalan Doktor

- Siakap Keli

BACA: Merancang Untuk Menjejakkan Kaki Ke Bandar Terbesar Di Australia, 10 Perkara Ini Anda Harus Tahu Ketika Berada Di Sydney
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli