Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Arab Saudi, Bahrain, UAE Dan Mesir Putus Hubungan Dengan Qatar, Arah Diplomat Dan Rakyat Qatar Keluar Dari Negara Mereka


Arab Saudi, Bahrain, UAE Dan Mesir hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar selepas mereka menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, lapor BBC News.

Laporan juga menyatakan Bahrain yang yang merupakan sekutu kuat Arab Saudi telah memutuskan perhubungan udara dan laut dengan Qatar, di mana warga Qatar yang berada di negara itu diberi tempoh hingga 14 hari untuk keluar daripada negara terbabit.


Pihak Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan yang mereka perlu mengambil langkah ini untuk melindungi negara itu daripada apa yang disifatkan sebagai keganasan dan tindakan pelampau.

Arab Saudi menggesa agar negara-negara lain turut mengambil tindakan yang sama seperti mereka di mana Arab Saudi dan Mesir menuduh negara itu melindungi organisasi pengganas, termasuk Ikhwanul Muslimin.


Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengikuti langkah mereka turut menggunakan alasan yang sama telah mengarahkan warga dan diplomat Qatar supaya meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli