Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Anda Takkan Bosan Kalau Penerbangan Delay di Lapangan Terbang ini, Berikut Sebab-Sebabnya

2 ulasan


Jika anda pernah mendarat di lapangan terbang Changi, Singapura, anda akan tahu kenapa lapangan terbang itu dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik selama lima tahun berturut-turut termasuk tahun ini.

Mana taknya, lapangan terbang itu menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjungnya. Dan bila sebut pasal kemudahan, ia bukan sekadar Wi-Fi sahaja. Jom tengok lebih lanjut tentang kemudahan-kemudahan di lapangan terbang ini. Kalau penerbangan delay, anda pasti takkan bosan punya!

1 - Tengok filem 24/7, PERCUMA!



Ya, movie percuma untuk pengunjungnya 24/7 tanpa henti! Siapa taknak tengok movie percuma kat lapangan terbang kan?


2 - Ada gelongsor untuk orang dewasa



Stress sebab penerbangan delay? Naik gelongsor setinggi 40 kaki ni, nescaya anda akan lupa pasal kesulitan yang dialami tu.

3 - Boleh rileks di kolam mandi sambil menikmati pemandangan lapangan terbang.



Kolam mandi ni bukan sekadar hiasan je ya. Pengunjung boleh mandi di sini untuk habiskan masa. Wow.

4 - Taman rama-rama



Boleh bagi anak-anak datang sini untuk habiskan masa ketika menunggu penerbangan timbal balik. Menurut wartawan CNBC, terdapat 1,000 rama-rama dengan 40 spesis di sini.

5 - Tandas berlatarkan pesawat.


Boleh buang air kecil sambil tengok pesawat berlepas.

7 - Urutan tangan percuma



Perlu diulangi sekali lagi, tempat ini bukannya hotel tetapi anda boleh dapatkan urutan tangan percuma disini. Mesin-mesin urut tu takyah cerita la kan.

8 - Ada tempat tidur untuk orang awam.


Penat? Jangan risau sebab anda boleh tidur di lapangan terbang ini. Bukan di atas lantai, tapi di atas kerusi empuk.

Selain dari itu ada beberapa kemudahan lain di lapangan terbang ini. Selain kemudahan, keselesaan pengunjung turut jadi keutamaan pihak pengurusan di sini. Dan semua ini boleh dilihat sebab lantai di lapangan terbang ini adalah karpet - yang bertujuan untuk menyerap bunyi - seterusnya merilekskan pelanggan, mempunyai sistem rating dimana orang ramai boleh memberi pendapat, dan 99% dari tumbuhan di lapangan terbang itu adalah semulajadi.

Tonton video lawatan wartawan CNBC di lapangan terbang tersebut:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. izin share ya admin
    mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya :)

    BalasPadam
  2. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli