Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut

No Comment
Foto: babycenter

Ada ketikanya anak-anak suka akan perhatian, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa, atau orang sekeliling. Bukan itu sahaja, menerusi apa yang ibu bapa lakukan juga, anak akan mula ikuti dan lakukan jua.

Mungkin ada di antara kita pernah berhadapan dengan situasi di mana, anak-anak suka menjerit jika meminta, atau menyatakan sesuatu. Secara spontan juga, kita pasti akan memarahi mereka kerana berkelakuan sedemikian.

Sebenarnya, dalam melatih anak-anak untuk berkelakuan baik, ia bermula dari ibu bapa, kerana menerusi perkongsian dari laman Parent Connect, tindakan ibu bapa sewaktu anak mula bersikap baik adalah salah satu cara untuk mereka terus bertingkah laku dengan baik.

Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.

Foto: pinsdaddy

Senario

"Puan, anak saya suka cakap jerit jerit. Saya tak tahu apa yang patut saya buat." keluh seorang Ibu.

"Pernahkah anak Puan TIDAK bercakap jerit-jerit?" tanya saya.

"Ya ada tapi tak selalu. Banyak jerit saja" terang si Ibu.

"Bila sekali sekala dia TIDAK menjerit, pernahkah Puan puji dia atau sebut pada dia beginilah seeloknya dia bercakap? Bila sekali sekala dia TIDAK menjerit pernahkah Puan beritahu betapa gembiranya Puan sebab dia bercakap dengan elok? " tanya saya lagi.

"Tidak Puan. Saya tension bila dia jerit. Saya rasa gagal."

Foto: moneycrasher

Memfokuskan pada yang positif bukanlah bermaksud kita menjadi permisif atau menutup mata dengan tingkah laku negatif anak. Ada kalanya dalam kita memperbetulkan kesilapan anak, kita harus mencari kebaikan yang ada dalam diri anak.

Jika anak suka berbohong, kita tidak seharusnya biarkan, tetapi pernah atau tidak bila anak tidak berbohong kita menyebut betapa gembiranya kita kerana dia bercakap benar?

Jika anak sering sepahkan mainan atau bilik anak remaja bersepah, pernahkah kita puji bila anak menyusun mainan atau kemaskan bilik, walaupun sekali dua?

Jika anak sering mendapat markah rendah dalam kelas, pernahkah kita puji usaha anak atau walau sedikit peningkatan yang anak tunjukkan kita akui?

Jika anak sering mengamuk atau 'throw tantrum' bila hendakkan sesuatu, pernahkah kita memuji bila dia bercakap dengan baik tanpa mengamuk apabila hendakkan sesuatu?

Jika kita marah kerana anak remaja tiba-tiba tidak mendengar kata, pernahkah kita menghargai dia dan berterima kasih bila dia patuh?

Anak-anak tidak sempurna sebagaimana diri kita juga. Ketika memperbetulkan yang negatif, carilah yang positif walau yang ada hanya sekelumit cuma supaya lama-kelamaan yang positif akan mengatasi yang negatif.

Insya Allah.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli