Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aktifkan ‘Two Factor Authentication’ Pada Instagram Untuk Mengurangkan Risiko Akaun Digodam

One Comment
Foto: techcrunch

Sejak kebelakangan ini, ada sahaja kisah mengenai laman sosial media telah disalahgunakan oleh individu lain, sama ada akaun palsu, atau pun akaun tersebut digodam, untuk tujuan tertentu.

Untuk pengguna Instagram, ada cara yang boleh dilakukan untuk memastikan akaun anda lebih selamat, yang mana kemungkinan untuk digodam tidak begitu tinggi.

Menerusi satu siri Tweet dari Nurul Fariza, yang mana mengingatkan pengguna Instagram supaya menghidupkan ‘Dua Faktor Pengesahan’ pada tetapan Instagram, agar tidak menyesal di kemudian hari apabila akaun telah digodam.

Ikuti siri Tweet darinya ini.


Dapat e-mail dari pihak Instagram.

Bila mana telah mengaktifkan ‘Two-Factor Authentication’, anda akan menerima e-mail seperti ini, dan setiap kali anda ingin daftar masuk ke akaun Instagram, anda diperlukan untuk memasukkan kod sekuriti.

Tapi, sekiranya anda tidak mahu menggunakan kod sekuriti lagi, boleh sahaja mematikannya pada bila-bila masa.


Yang mana menurut, Nurul Fariza, sekiranya lakukan perkara ini, kemungkinan Instagram untuk digodam adalah sukar.


Tiada salah untuk cuba apa yang telah dikongsikan oleh Nurul Fariza ini, ia sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam memastikan Instagram tidak jatuh pada tangan orang yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi buat peniaga atas talian, atau yang banyak detik indah di Instagram masing-masing. -Siakap Keli 

Sumber: Twitter Nurul Fariza

BACA: 3 Cara Mudah Bagaimana Untuk Mengambil Kembali Instagram Yang Telah Digodam, Serta Mengelakkannya Dari Berlaku Lagi





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli