Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Perkara Yang Akan Menggembirakan Isteri Yang Mana Setiap Wanita Mahu Si Suami Tahu

3 ulasan

Kalau usia perkahwinan anda dan isteri dah mencapai tahun ke tiga, anda akan perasaan semua perasaan cinta dah kasih sayang tu mulai pudar.

Selepas pelbagai penat lelah bersama, kebahagian rumah tangga itu akan mulai hambar. Tapi tak mengapa, anda sebagai sebagai suami sentiasa boleh memperbaiki keadaan ni, malah sudah tanggungjawab anda untuk berusaha menjadi suami terbaik untuk isteri yang terbaik.

Baca 7 perkara yang akan membuatkan isteir anda gembira dan serikan semula rumah tangga anda!

1 - Jangan Bercakap Macam Cakap Dengan Member

Cara orang lelaki dan orang wanita bercakap memang lain sangat. Lelaki, bila bercakap dengan member, mereka suka berkongsi pendapat tanpa sebarang tapisan. Mereka juga sangat suka 'mengenakan' rakan-rakan lain di hadapan member-member lain. Bagi lelaki, perkara itu biasa sahaja.

Tapi, kalau si suami bercakap dengan cara yang sama dengan isteri, lain pula ceritanya. Wanita memang makhluk ciptaan Tuhan yang sensitif. Jangan sesekali melawak dengan kelemahan mereka dan pastikan sentiasa mempunyai 'filter' bila mengekspresikan pendapat. Kalau tak, memujuk la jawabnya.


2 - Nak Kontrol Tu Jangan Nampak Sangat

Salah satu komplen yang selalu diutarakan oleh kaum isteri adalah suami suka sangat kontrol atau mengongkong mereka. Bila ditegur oleh isteri, suami biasanya akan lawan balik dengan berkata 'saya kan ketua keluarga...'.

Betul la suami tu ketua keluarga, tapi apa kata kalau upgrade dari ketua keluarga kepada pemimpin keluarga? Maknanya, kalau nak suruh isteri basuh pinggan tu turunlah sekali ke dapur tolong-tolong kemas sampah.


3 - Setiap 10 Tahun Anniversary, Mesti Barang Kemas


Bagi wanita, perkataan anniversary (ulang tahun) tu sangat bermakna buat mereka. Tak kiralah apa-apa jenis anniversary. Sebab tu mereka selalu hafal tarikh-tarikh penting.

Ni tips mudah untuk bagi rasa mereka dihargai. Setiap 10 tahun anniversary perkahwinan, pastikan anda menghadiahkan isteri anda barang kemas. Ia akan menjadi satu penanda aras bahawa itu penanda aras kejayaan anda bersama.

Bila bercakap pasal barang kemas ni, wanita memang minat. Mereka suka nampak cantik, jadi barang kemas tu ibarat satu penghargaan buat mereka - sama perasaan dia bila kita dapat bonus sebulan gaji. Lagi kerap anda hadiahkan isteri barang kemas, lagi bagus tapi jangan sampai sebulan sekali. Botak kepala yeop.


4 - Jadilah Suami Yang Gentlemen

Bila kali terakhir anda membuka pintu untuk isteri anda? Kalau dah lama tak buat macam tu, dah tiba masanya untuk berubah semula menjadi seorang gentlemen kembali - sama seperti masa mula-mula bercinta dulu.

Gentlemen di sini bermaksud menjadi seorang lelaki yang selalu mengutamakan wanita.  Zaman sekarang ni memang payah untuk mencari lelaki jenis ini; mungkin kerana stress atau zaman sudah berubah; tetapi wanita sentiasa dahagakan perhatian dari lelaki yang gentlemen.


Tak tahu nak mula dari mana? Mulakan dengan membahasakan isteri anda 'Sayang' atau dalam bahasa mat salehnya 'Love'.


5 - Pegang Tangan di Tempat Awam




Kalau ingat lagi lagu Senario yang pasal pegang-pegang tangan ni, mesti anda akan angguk kepala tanda setuju. Awal-awal kahwin bukan main pegang tangan. Lama-lama kang mesti dah tak mahu nak pegang.

Walaupun perkara itu normal, tapi ia juga menandakan perhatian yang anda berikan kepadanya semakin kurang.


6 - Tadah Telinga Sahaja, Jangan Baiki Lagi



Satu kesalahan terbesar yang dibuat setiap lelaki adalah cuba memperbaiki keadaan bila terjadi isteri mengadu apa-apa kepadanya.

Jika isteri dah mula membebel dan anda cuba untuk memperbetulkan keadaan dengan memegang bahunya, cuba nak jelaskan keadaan atau apa-apa je la, anda sebenarnya sedang membuat kesilapan besar sebenarnya.

Bila membebel, apa yang mereka mahukan adalah seseorang yang mendengar. Jadi tadah je la telinga tu!


7 - Jadi Hero Dengan Ganti Mesin Basuh Lama Kepada Mesin Basuh Inverter Nano Wash Toshiba.

Apa? Ya, ini ada sedikit iklan. Tapi hakikatnya, anda akan membuat isteri ceria apabila memberinya mesin basuh yang baru. Tahukah anda bahawa isteri anda mengadap mesin basuh lama kat rumah tu tiap-tiap hari untuk basuh baju? Kalau usia mesin basuh tu dah lima tahun, isteri anda dah mengadap mesin yang sama sebanyak 1,825 kali atau lebih! Bosan wei mengadap muka sama tiap-tiap hari lagi-lagi kalau mesin tu menyusahkan.

Apa kata ceriakan isteri anda dengan mesin basuh Basuh Inverter Nano Wash Toshiba ini. Dengan mesin basuh baru ni, nescaya baju-baju akan jadi lagi bersih kerana mesin basuh itu berupaya menghasilkan Ultra Fine Bubble (UFB) bagi menyental pakaian-pakaian busuk anda.



Mesin Basuh Inverter Nano Wash Toshiba ini juga didatangkan dengan Motor S-DD yang bertahan lama, jadi isteri tak payah pening-pening nak panggil orang baiki lagi.


Selain itu Duo-Active Roller yang ada pada mesin ini membuatkan pintalan dari pakaian yang dicuci dan mengurangkan kedutan pada pakaian anda nanti, ini akan mengurangkan kerja dia dirumah. Dengan sistem butang sekali tekan pada panel rekaan terbaru, dia hanya perlu tekan pilihan cucian yang dikehendaki.

Ceriakan isteri anda sekarang, layari toshiba.com.my sekarang.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  2. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandar
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam
  3. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli