Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung

2 ulasan

Bagi yang memiliki kereta pastinya sudah terbiasa dengan servis kereta setiap kali tiba waktunya, atau pun ketika perjanan jauh. Ia bagi memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik, dan tidak mengalami masalah di pertengahan jalan.

Bukan itu sahaja, dalam musim perayaan yang bakal kunjung tiba, ramai di antra kita akan menghantar kenderaan untuk di servis, jadi ada beberapa perkara atau komponen penting yang seharusnya diketahui untuk di servis.

Menerusi perkongsian dari saudara Shairy Hanapiah, terdapat 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh dilakukan sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Jom kita buat ‘checklist’ sikit apa yang perlu dilakukan.


Raya dah tinggal beberapa hari saja lagi. Semua dah sibuk siapkan persediaan untuk beraya. Dari kuih raya, baju raya sampailah ke rumah raya. Beraya sakanlah katakan.

Tapi bagi yang akan pulang beraya ke kampung halaman dengan memandu kenderaan sendiri nanti, dah buat pemeriksaan kereta ke belum?

Pemeriksaan kereta ni penting untuk pastikan kereta kita di dalam keadaan yang baik dan selamat. Bukannya apa, supaya raya nanti kita dapat elakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini. Perjalanan yang selamat bermula dari rumah.

Di sini abang sediakan checklist 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh kau buat sebelum pulang beraya nanti. Abang galakkan untuk kau klik butang share supaya dapat dikongsikan bersama teman-teman alam maya yang lain. Sebarkan benda yang baik. Jangan plagiat sudahlah, menitis air mata ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Silalah baca dan periksa kenderaan kita ya.

1. Minyak enjin 

Periksa minyak enjin kereta sebelum enjin dihidupkan. Pastikan minyak tu berada di antara paras ‘max’ dan ‘min’ dipstick. Jika dibawah paras ‘min’, kau tambahlah sedikit minyak tu.

2. Minyak brek 

Perlu berada di antara paras ‘max’ dan ‘min’ juga. Tambah minyak brek jika berkurangan dan buat pemeriksaan dengan menekan pedal brek. Jika kurang tekanan di pedal brek, perlulah dibawa ke bengkel untuk periksa sebarang kebocoran atau lakukan proses bleeding untuk mengeluarkan angin berlebihan di dalam system hidraulik brek.

3. Minyak transmisi (gear) 

Pastikan ianya mencukupi. Pemeriksaannya bergantung kepada keadaan sejuk dan ketika enjin dihidupkan. Jika keadaan sejuk, tahap minyak perlu berada di garisan ‘cold’ manakala jika keadaan enjin dihidupkan, ianya perlu berada di tahap garisan ‘hot’ dipstick. Jika kurang, tambahlah minyak transmisi ikut jenis kenderaan.

4. Minyak stereng kuasa 

Stereng kereta juga mempunyai sistem hidraulik, maka minyak ini amat penting untuk memastikan kelancaran pemanduan stereng. Sila periksa agar ianya berada di atas paras minimum.

5. Tali sawat 

Sila periksa keadaan semua tali sawat di enjin kereta. Pastikan ianya tidak merekah, berbulu ataupun kelihatan hamper putus. Seeloknya tali-tali sawat ini ditukar pada setiap 100,000km.


6. Bateri 

Boleh periksa keadaan bateri dengan membaca tanda ‘indicator’ di bateri jika ianya sel kering. Selain itu, boleh juga dibawa ke kedai bateri kereta untuk mengujinya dengan menggunakan alat penguji. Bagi bateri sel basah, sila pastikan paras air bateri mencukupi.

7. Coolant radiator 

Sila periksa radiator kenderaan dan pastikan tahap bendalir ‘coolant’ mencukupi. Ianya untuk mengelakkan suhu kereta melampau ketika perjalanan yang jauh. Seeloknya gunakan bendalir coolant yang disyorkan mengikut jenis kereta. Elakkan daripada mengisinya dengan air paip.

8. Penghawa dingin 

Hidupkan enjin dan penghawa dingin. Pastikan suhunya sejuk dan alirannya lancar. Anda boleh bersihkan penapis yang berada dibawah kotak dashboard anda sendiri. Jika suhunya kurang sejuk, sila tambahkan gas yang mencukupi di kedai penghawa dingin kereta.

9. Pengelap cermin 

Seeloknya tukarlah pengelap cermin bagi memastikan pemandangan kita jelas ketika memandu di waktu hujan. Boleh juga menggunakan bendalir pencuci cermin yang baik untuk diisikan ke dalam kotak bendalir pemancur cermin bagi membantu mendapatkan pemandangan yang lebih baik.

10. Tayar 

Ini antara aspek yang perlu di ambil berat. Pastikan angin tayar mencukupi sebelum memuatkan kenderaan dengan barangan dan keluarga anda. 

Anda boleh juga mengunjungi ke kedai tayar untuk memeriksa ‘alignment’ dan ‘balancing’ tayar anda di dalam keadaan yang baik. Periksa bunga tayar untuk pastikan ianya tidak botak. Buat pertukaran tayar depan dan belakang jika perlu.

11. Petrol 

Yang ini paling penting antara semua di atas. Kalau dah semuanya ok tapi kereta tak ada petrol pun tak guna. Isilah siap-siap supaya tak pening nak beratur di rnr nanti.

Akhir kata, semoga perjalanan kita semua selamat menuju ke tempat tujuan dan bersama menikmati hari raya bersama keluarga tercinta.

Shairy Hanapiah
Rakan Pemanduan Berhemah Anda

- Siakap Keli

BACA: Muat Turun Aplikasi Dalam Telefon Pintar Ini Untuk Gantikan ‘Dash Cam’, Boleh Gunakan Dalam Perjalanan Balik Raya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. izin share ya admin
    mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya :)

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli