Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita Diragut Ketika Berselfie di Dataran Merdeka, Sempat Rakam Detik Kejadian


Kuala Lumpur - Seorang pelancong warga China terpaksa melalui detik cemas apabila menjadi mangsa ragut ketika sedang berselfie video di Dataran Merdeka dalam kejadian pada Selasa.

Menurut The Sun, wanita berkenaan kehilangan beg tangan dalam kejadian apabila secara tiba-tiba sebuah motosikal muncul dari belakangnya.

Detik 10 saat kejadian berjaya dirakam oleh wanita berkenaan memandangkan dia sedang berselfie.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata pelancong itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, wanita itu kehilangan beberapa dokumen peribadi memandangkan tiada barangn berharga di dalam beg tangan terbabit.

Mohd Sukri juga berkata, wanita tersebut membuat laporan polis di balai polis Genting Highlands sebelum berlepas ke luar negara.

Katanya lagi, polis telah melancarkan siasatan ke atas kes terbabit dan meminta agar saksi kejadian tampil memberi kenyataan.

Tonton video kejadian di bawah:


Sumber: The Sun Daily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Apa la nak jadi dgn rakyat malaysia ni.. memalukan

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli