Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Walaupun Masih Belum Fasih Dan Pelat, Saudara Baru Dari Korea Ini Tetap 'Berani' Kedepan Laungkan Azan Di Masjid Incheon


Agama Islam merupakan agama minoriti di negara Korea Selatan, tetapi tahukah anda bahawa agama ini kini sedang mula berkembang di negara yang popular dengan drama, racangan tv dan lagu K-Pop berkenaan.

Suasana di masjid-masjid di Korea dikatakan sungguh meriah apabila ramai muslim kini tertumpu ke sana untuk memperbanyakkan ibadah.

Beberapa hari lalu, telah tersebar sebuah video yang telah dimuatnaik oleh Facebook Korean Muslimah, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki saudara baru dari Korea sedang melaungkan azan di Masjid Al Huda, Incheon.

Laungan azan lelaki yang dikenali sebagai Emir Kim itu telah berjaya menarik perhatian ramai umat Islam seluruh dunia, mereka memuji semangat yang ditunjukkan untuk mengumandangkan azan walaupun dia masih belum fasih melafazkannya.

Namun, apa yang menarik laungan azannya yang mendayu dan merdu turut menjadi bualan netizen yang menurunkan komen, ada juga yang memuji tindakannya berani kehadapan untuk azan walaupun masih pelat di mana suaranya didengari ramai orang.

Jom lihat video.


Hasil carian kami, beliau telah memeluk Islam pada  19 November 2013 lalu, beliau telah mendalami ilmu agamanya di Masjid Al Huda, Incheon, Korea Selatan.

Beliau di laman Facebook dan Instagramnya dilihat begitu bangga menyatakan dia kini merupakan seorang Muslim dan kini masih mendalami ilmu agama sambil berdakwah. - Siakapkeli.my




Sumber rujukan: Facebook Emir Kim
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli