Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Pendek Bertajuk #janganlebihlebih Dapat Perhatian Netizen, Puji Mesej Yang Disampaikan Sempena Ramadan


Bulan Ramadan di mana umat Islam akan memulakan ibadah puasa sudah begitu hampir menemui kita, maka sudah pasti ada antara kita akan terbayang-bayang akan pelbagai aktiviti pada bulan mulia berkenaan.

Ada yang membayangkan bulan Ramadan dipenuhi dengan ibadah, namun ada yang membayangkan bulan yang mulia ini dipenuhi dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap sehinggakan ada kajian menunjukkan bulan puasa sepatutnya kita menjaga nafsu ini antara bulan tertinggi berlaku pembaziran makanan.

Sedangkan sepatutnya bulan Ramadan mendidik umat Islam berjimat cermat, tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa sehingga menyebabkan pembaziran yang merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam

Apa yang menarik, untuk menjayakan kempen #janganlebihlebih ini, sebanyak tiga buah video telah dihasilkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan pembaziran dengan berbelanja apa yang perlu sahaja selain membeli makanan yang boleh merugikan diri sendiri, di mana satu video akan ditayangkan sebelum raya nanti.

Video berkenaan dilihat telah menerima maklum balas yang begitu baik daripada pengguna media sosial di Malaysia di mana kata mereka video berkenaan walaupun pendek berjaya bakal memberikan impak kepada kita supaya lebih berjimat.



Menarikkan, jadi kepada anda semua yang membeli belah juadah di bulan Ramadan atau raya Aidilfitri nanti, jika anda rasa anda cukup berjimat yang tidak merugikan diri anda sendiri, jangan lupa muatnaik ke laman sosial Facebook, Twitter atau Instagram dengan kepsyennya terdapat hashtag #janganlebihlebih. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli