Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Keris Dipercayai Dari Zaman Kesultanan Melayu Di Jumpai Di Dasar Sungai Towy, Wales


WALES: Seorang lelaku tidak menyangka besi buruk yang tersangkut  pada pukatnya merupakan sebuah besi yang mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi di Sungai Towy di negara berkenaan.

Memetik laporan Wales Online, keris itu ditemui oleh seorang coracleman, tukang perahu kuno khas Wales  bernama Andrew Davies.

Keris berkenaan telah dihantar ke sebuah pusat penyelidikan dan mereka kini sedang menyiasat bagaimana keris lama tersebut boleh berada di dasar sungai Sungai Towy, Carmarthen itu.

"Pada suatu malam saya bekerja dengan perahu coracle saya, jaring saya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut kepadanya."

"Apabila melihat besi itu betul-betul saya berasa terkejut kerana menemui benda seumpama ini," kata Andrew Davies yang merupakan ketua pemilik coracle di Carmarthen, Wales.





Andrew Davies selepas itu lantas membawa keris berkenaan kepada pihak muzium untuk dikenalpasti akan bagaimana keris bersejarah itu boleh berada di sungai Towy, Wales.

"Ini hal yang menarik, saya ingin mengetahui bagaimana ia berada di sini," ungkapnya.


Kurator Carmarthenshire Museum, Gavin Evans berkata, dia telah menghantar beberapa keping gambar keris berkarat itu ke sebuah muzium di London untuk dikaji, namun sehingga kini belum ada sebarang penjelasan terperinci mengenainya.

" Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada pihak muzium, tetapi saya pecaya senjata ini berasal daripada Asia Tenggara atau pun Malaysia."

"Pada awalnya, saya ingat keris ini berasal daripada Romawi, namun setelah menelitinya lebih terperinci dengan bentuk eksotisnya yang mebuatkan saya percaya ianya berasal dari Asia Tenggara." 

"Ini adalah keris kerana hiasan ornamen di bahagian atasnya. Gagang kayunya mempunyai hiasan berbentuk burung dengan tambahan tulang dan tembaga," kata Gavin Evans. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli