Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Filem Pendek Ciptaan Pelajar MRSM Harumkan Nama Negara Apabila Menang Pingat Emas Dalam Pertandingan Antarabangsa


Sepang, 2 Mei  - Filem pendek ciptaan pelajar MRSM mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi satu pingat emas dalam Pertandingan Projek Informatik Antarbangsa (Infomatrix di Bucharest, Romania baru-baru ini.

Dua pelajar MRSM Kubang Pasu, Amir Hazim, 16, dan Muhammad Khalis Irfan Khairudin, 16, merangkul pingat emas dalam kategori filem pendek menerusi karya bertajuk 'The Lost' itu.


Kemenangan mereka berdua turut dikongsi oleh Facebook Infomatrix semalam. Selain Malaysia, turut memenangi emas dalam kategori itu adalah Romania, Mexico, Vietnam, Poland dan juga Tajikistan.

Selain kategori filem pendek, Malaysia juga turut memenangi pingat gansa menerusi Muhamad Sohail Lal Lal Muhammad, 16, dan Muhamad Faris Izzuddin Mat Rodzi, 16, (MRSM Langkawi) dalam kategori robotik menerusi robot mereka yang bernama MARESBOT.

Kepulangan pelajar-pelajar terbabit daripada pertandingan yang berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei lalu itu disambut oleh Timbalan Pengarah Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Shahrizal Mohd. Saderi, warga Mara dan ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, lapor Utusan Online.



Sumber: Utusan OnlineInfomatrix
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli