Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Awas, Ini Yang Boleh Berlaku Jika Anda Gunakan Wifi Awam Percuma Untuk Layari Internet Tanpa Sebarang Keselamatan


Pernah gunakan wifi awam atau public wifi?

Jika ya, anda perlu tahu bahawa anda berada dalam risiko penggodaman jenis sniffing yang membolehkan penggodam mendapatkan maklumat anda ketika melayari internet.

Video teknik sniffing dilakukan oleh UNILAD Tech yang mengambil beberapa mangsa bagi tujuan demonstrasi.

Pada awal video, seorang lelaki tidak menyangka seorang wanita (sebahagian dari UNILAD Tech) boleh membaca secara penuh nombor kad kreditnya yang diperoleh melalui sniffing. 


Mangsa kedua pula, seorang lelaki yang sudah berusia, terkejut apabila wanita terbabit menghubungi anak perempuannya.

Menurut pasukan UNILAD, maklumat anak perempuannya itu diperoleh menerusi emel yang dihantar olehnya sebelum ini.


Mangsa ketiga, seorang perempuan, pula dikejutkan apabila wanita terbabit secara tiba-tiba mengetahui nama Instagramnya. Malah, turut mencetak laman utama Instagram perempuan terbabit.


Menurut UNILAD, video terbabit dibuat bagi menyebarkan kesedaran awam tentang bahayanya wifi awam tanpa sebarang keselamatan.

Tonton video itu dibawah.



Untuk langkah keselamatan, elakkan menggunakan wifi awam atau gunakan VPN untuk memastikan data tidak boleh dibaca oleh penggodam.

Selain itu, sentiasa pastikan laman yang digunakan untuk menghantar atau menerima maklumat sensitif menggunakan https.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli