Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Umur Bukan Penghalang Untuk Berhijrah, Artis Popular 70an Ini Syukur Diberi Hidayah Walaupun Umurnya Sudah Senja


Mungkin ramai antara pembaca yang pernah meminati penyanyi popular Singapura pada tahun 1970-an, Rina Rahman yang pernah popular dengan lagu Ku Ingin Bahagia dan Ada Kesedihan Di Wajahmu.

Rina atau nama sebenar Norhayati Abdul Rahman, 63, telah menerima Sijil Pengajian Al-Quran dan Tajwid selepas beliau telah menamatkan pengajian al-Quran dan tajwid tahap empat selama empat tahun.

Beliau yang ditemui telah melahirkan rasa syukur kerana dipanjangkan usia dan diberikan hidayah oleh Allah untuk mengenali semula serta mencintai kalam suci al-Quran di usia senja.

"Mempelajari semula bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul pada usia lanjut adalah sesuatu yang sangat mencabar dan saya pernah beberapa kali mahu berputus asa."

“Sepanjang empat tahun pengajian, cabaran paling besar adalah ketika menghadapi ujian bagi setiap tahap. Ketika itu ramai yang hampir putus asa kerana sudah berusia, memori pun tidak kuat untuk ingat apa yang kami belajar.

“Alhamdulillah, demi memartabatkan ilmu al-Quran untuk diri dan keluarga, saya habiskan juga pengajian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Graduasi Sijil Pengajian Al-Quran dan Tajwid ke-7 di Hotel Royale Chulan, Damansara, di sini, semalam.


Beliau menyatakan yang dia kini tekad untuk tidak lekang dengan al-Quran sehingga memastikan dirinya khatam al-Quran setiap tiga minggu.

Rina dalam pada itu telah menjawab persoalan mengenai persepsi masyarakat terhadap penggiat seni hiburan terutama dia dahulu pernah menyanyi di kelab malam satu ketika dulu berkata, Allah tidak melihat kepada permulaan seseorang sebaliknya pengakhiran.

“Pada saya, tidak kira siapa pun orang itu, bukan hak kita menilai amalan baik buruknya tetapi Allah. Saya yakin walaupun seseorang itu bergelar artis, selagi dia melakukan suruhan Allah dia masih ada takwa dan reda Allah.

“Semua orang pun pernah buat dosa. Tapi percayalah hidayah itu milik Allah yang boleh mengubah seseorang itu ke arah lebih baik pada pengakhirannya,” katanya pada majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan itu.


Pada majlis itu, 259 pelajar daripada 10 kelas kendalian Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan dianugerahkan sijil pengajian al-Quran dan tajwid selepas tamat mengikuti pengajian.

Menurut seorang penerima sijil berkenaan, Hawa Abdul Latif, 63, berkata, kelas yang disertainya itu suasananya tidak ubah seperti kelas mengaji dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Perkara yang membuat kami kekal untuk meneruskan kelas pengajian ini kerana guru bijak mengambil perhatian dan bersabar dengan kerenah kami yang sudah berusia,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, pertubuhan berkenaan bukan sahaja menumpukan kepada kelas pengajian al-Quran dan tajwid semata-mata, malahan mereka juga berperanan membantu asnaf, fakir miskin dan anak yatim.

“Baitul Hassan sudah memasuki tahun keempat dan cabaran yang paling besar adalah kami masih kekurangan dana serta sumbangan untuk menganjurkan program sumbangan dan kelas kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis itu, program Bantuan Ihya Ramadan Anak Yatim, Asnaf dan Surau turut diadakan membabitkan 150 individu dan 22 surau serta madrasah yang menerima bantuan sumbangan oleh Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. bandar terpercaya... hanya di dewalotto^org

    BalasPadam
  2. Gabung Di Sini Bersama Kami Di kelinci99.com Dapatkan Freechip 5000 Setiap Hari NYa.....

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli