Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tutorial Bagaimana Untuk Menukar Tetapan ‘Status’ WhatsApp Supaya Hanya Yang Tertentu Sahaja Boleh Melihatnya

No Comment

Seperti yang semua sudah sedia maklum, WhatsApp juga telah mempunyai satu fungsi, iaitu ‘Status’, yang mana sebelum ini hanya boleh ditulis sahaja, tapi kini boleh disertakan sekali beberapa video berasingan.

Ia akan menunjukkan notifikasi sekiranya ada kenalan anda yang memuat naik video baharu di ‘Status’ mereka.

Sekiranya anda perasan, kita boleh melihat kesemua ‘Status’ dari rakan atau keluarga kita, yang mana ini sedikit sebanyak menunjukkan seperti ianya tiada privasi, sekiranya kita ingin memuat naik status video yang hanya untuk segelintir sahaja boleh melihatnya.

Perkara ini agak penting juga sebenarnya kan?

Kerana ada ketikanya, status tersebut hanya untuk keluarga, sahabat, kenalan rapat sahaja. Tapi, sekiranya kesemua kenalan dalam WhatsApp, yang ada ketikanya hanya kenalan untuk urusan rasmi, seperti bisnes sahaja, agak tidak molek rasanya mereka juga dapat melihat ‘Status’ yang kita buat itu.

Anda tidak perlu risau lagi, kerana kita sebenarnya boleh sahaja setkan kepada siapa yang boleh lihat ‘Status’ tersebut.

Jom kita lihat tutorial cara bagaimana untuk melakukannya.

Foto: wikiHow

1. Buka aplikasi WhatsApp

Foto: wikiHow
2. Tekan ‘Setting’

a. Sekiranya anda menggunakan iPhone atau iPad, butang Setting ada pada bahagian bawah, di bucu kanan skrin. Ianya Nampak seperti ‘gear’ ikon.

b. Bagi pengguna Android pula, tekan butangini yang ada di bahagian bucu atas kanan skrin. Ia adalah butang Menu. Anda boleh buka kepada ‘Settings’ dengan menekan butang ‘Settings’.

Foto: wikiHow

3. Setelah anda menekan butang ‘Settings’ tersebut, anda akan berada pada laman ini, dan pilih ‘Account’.

Foto: wikiHow

4. Seterusnya, tekan butang ‘Privacy’.

Foto: wikiHow

5. Pilih ‘Status’

Pilihan yang ditunjukkan pada masa sekarang adalah apa yang telah ditetapkan. Sekiranya anda ingin mengubahnya, boleh tekan pada butang ‘Status’ tersebut.

Foto: wikiHow

6. Pilih siapa yang boleh lihat ‘Status’ anda. 

WhatsApp beri anda beberapa pilihan, sama ada, My Contacts, My contacts except…, atau Only share with…

a. Pilih 'My contacts' sekiranya anda mahukan semua kenalan boleh melihat ‘Status’ yang telah anda lakukan.

b. Pilih 'My contacts except..' sekiranya anda ingin sekat beberapa kenalan dari melihat ‘Status’ tersebut. 

Bila mana anda menekan butang ini, ia akan membawa kepada senarai rakan WhatsApp, dan membolehkan anda untuk pilih kenalan yang anda ingin sekat dari melihat ‘Status’.

c. Pilih 'Only share with..' sekiranya anda ingin pilih siapa yang boleh lihat ‘Status’ terbaru yang anda muat naik. 

Jika anda menekan pilihan ini, ia akan membawa kepada, senarai rakan WhatsApp, dan anda akan pilih siapa yang anda mahukan untuk melihat ‘Status’.

Foto: wikiHow

7. Sahkan pilihan anda. Ini akan ‘save’ tetapan anda.

a. Untuk mengesahkan pilihan anda pada iPhone atau iPad, tekan butang Done di bahagian bucu atas kanan skrin.

b. Bagi Android, tekan butang ‘checkmark’, pada bahagian bucu bawah kanan skrin.

c. Sekiranya anda memilih My contacts, tetapan anda akan disimpan secara automatic. Anda tidak akan dapat melihat butang ‘checkmark’.

Boleh rupanya untuk menukar tetapan ‘Status’. Selepas ini, senanglah untuk muat naik ‘Status’ yang mana hanya untuk kenalan sahaja melihatnya, tidaklah gusar jika ada yang tidak sepatutnya melihat ‘Status’ kita. Jom kita cuba. – Siakap Keli

Sumber: wikiHow
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli