Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Buat Mereka Yang Baru Berjinak-Jinak Dalam Aktiviti Sukan Larian, Boleh Dilakukan Sebagai Langkah Persediaan

No Comment
Foto: foxnews

Aktiviti bersukan sudah pasti menjadi salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh kita tiap kali mempunyai kelapangan. Ia merupakan satu cara yang menyihatkan tubuh badan, dan memberi ruang pada diri untuk tidak memikirkan kerja buat seketika.

Ada di antara kita yang berjoging, berfutsal, atau pergi ke gym dalam melakukan aktiviti bersenam. Dan, mungkin juga ada yang baru hendak berjinak-jinak, lebih-lebih lagi dengan aktiviti larian, yang kini sudah menjadi salah satu aktiviti popular buat masa kini.

Bagi yang baru untuk menyertai aktiviti larian, ada beberapa perkara yang anda harus lakukan, untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut. Menerusi perkongsian dari saudara Khairul Naeim Z ini, anda mungkin boleh jadikan sebagai tips persediaan sebelum, semasa, juga selepas berlari.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


16 Tip Berlari Untuk Beginner

Berlari atau running merupakan salah satu aktiviti fizikal boleh yang dilakukan dilakukan secara percuma. Bagi yang pertama kali mencuba, kebanyakkan akan memberikan reaksi yang kurang memberangsangkan.

Ini adalah beberapa tip berlari untuk beginner

Sebelum memulakan larian

1) Sertai kelab kelab larian

Jika tidak ada, tubuhkan kelab larian kecil antara kawan-kawan anda. Ini adalah bertujuan untuk menambahkan motivasi untuk berlari. Maklumlah jika keseorangan motivasi itu kadang-kadang hilang.

2) Lari beramai ramai 

Jika ingin berlari, larilah beramai-ramai. Samada dengan kawan atau mengikuti kumpulan yang sedang berlari.Paling tidak kita mempunyai pesaing.

3) Pastikan memakai kasut yang sesuai

Terdapat pelbagai jenis kasut sukan dipasaran seperti kasut sukan indoor, kasut sukan outdoor, kasut untuk berlari dan bermacam-macam lagi. Anda disarankan untuk memakai kasut yang bersesuian dengan anda. Cuba elakkan dari memakai kasut yang terlampau ketat dan tiada ruang udara

4) Panaskan badan sekurang kurangnya 5 minit sebelum larian

Sebelum memulakan larian anda diingatkan untuk memanaskan badan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti regangan otot badan.

5) Bawa kelengkapan yang sesuai

Untuk mengelakkan kebosanan, anda juga dinasihatkan untuk mendengar muzik, membawa minuman dan juga memakai pakaian yang sesuai.

6) Setkan target yang bersesuaian

Sebelum anda memulakan larian, pastikan anda menetapkan target yang bersesuaian. Sebagai contoh untuk permulaan berlari untuk 2km dan tingkatkan jarak dari masa ke masa

7) Download application untuk berlari untuk setkan log larian

Ini adalah untuk memudahkan anda mengetahui dan juga ada boleh memuat turun applikasi untuk larian.

8) Plan trek larian

Sebelum memulakan larian, anda digalakkan untuk untuk membuat plan untuk terk larian. Salah satu cara untuk mengelak kebosanan adalah dengan mempelbagaikan trek larian.

9) Pastikan badan anda mempunyai air yang cukup

Kekurangan air dalam badan adalah amat bahaya. Pastikan anda menghidrate kan diri secukup rasa.


Semasa melakukan larian

10) Lari secara perlahan tetapi berkala

Pada permulaan anda digalakkan untuk berlari secara perlahan dan berkala untuk memanaskan badan. Selepas itu, anda boleh tingkatkan kadar larian dari masa ke masa.

11) Dengar muzik yang telah di download

Mendengar muzik juga mampu meningkatkan lagi kadar larian dan mengelakkan dari kebosanan.

12) Bermonlog dengan diri sendiri

Salah satu cara untuk meningkatkan motivasi diri semasa berlari adalah dengan bermonolog dengan diri sendiri. Sebagai contoh "Aku boleh, jangan putus asa " dan banyak lagi

13) Teruskan berlari

Jika anda berasa lemah atau patah semangat, teruskan berlari. Hati kena kering.


Selepas melaukan larian

14) Cool down dan melakukan post running work up

Pastikan anda memperuntukkan masa untuk melakukan cool down atau post running work up untuk mengelakkan dari kecederaan.

15) Setkan target untuk larian yang seterusnya

Jika anda sudah mencapat target yang ditetapkan, pastikan anda menetapkan target untuk larian seterusnya.

16) Pastikan ada hari rehat

Untuk memastikan badan anda berfungsi dengan baik, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Jangan memaksa diri sendiri dan boleh mencederakan anda.

*Ps gambar di ambil semasa larian superhero london. Run for charity bersama-sama MERCY Malaysia UK

Percayalah berlari itu best !

- Siakap Keli

BACA: Marathon & Bahaya Buah Pinggang, Doktor Ini Kongsi Cara-Cara Jaga Buah Pinggang Dengan Betul Jika Anda Seorang Pelari Marathon
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli