Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tersilap Tempah Tarikh Penerbangan, Pemuda Ini Kongsi Cara Yang Dilakukannya Dalam Menukar Tarikh Penerbangan, Tanpa Dikenakan Penalti

No Comment

Dalam menempah tiket penerbangan ianya perlu dibuat seawall mungkin, kerana risau harga yang mahal, juga sudah habis. Untuk itu, pemilihan tarikh penerbangan yang tepat harus dititiberatkan.

Tapi, andai ada kesilapan, di mana kita terlah tersilap membeli tiket penerbangan, yang mana ‘clash’ dengan penerbangan lain, masihkah ada peluang untuk menukarnya, tanpa ada denda?

Menerusi perkongsian dari saudara, Zulkarnain Kelana, dia dapat membuat penukaran tarikh penerbangan dengan sebuah syarikat penerbangan ini, tanpa dikenakan denda.

Mari kita baca akan perkongsiannya.


Salam rakan-rakan. Saya nak share pengalaman dan tips berjaya tukar tiket tanpa dikenakan sebarang caj. Baru-baru ini saya ada book tiket yg berharga RM600++ one way. Atas kesilapan sendiri, tarikh ni bertindan dengan trip yg lain. Saya tersalah tengok tarikh.

Sebenarnya kalau hal mcm ni, 99.9% akan dikenakan penalti dan selisih harga esp tiket promo jika nk tukar tiket sesaja tanpa caj.mgkn hnya ada 0.01% untuk tukar. Dengan peluang 0.01% tersebut, saya cuba contact airlines tersebut (costumer service form). Penaltinya EUR90 atau RM420++. Belum masuk selisih harga.

BACA: Nak Beli Tiket Kapal Terbang Pun Kena Ada Strateginya, 7 Cara Ini Membolehkan Anda Dapatkan Tiket Dengan Harga Murah


Dalam borang tersebut, saya menyatakan masalah saya dengan nada yang agak sedih. Saya turut memuji-muji airlines tersebut. Saya turut menyatakan pengalaman yang manis kerana pernah menggunakan airlines ini. Dalam masa yang sama, saya menulis akan terus menyebarkan pengalaman yang excellent menaiki airlines ini.

Saya meminta tarikh dilewatkan dua minggu dari tarikh asal tanpa dikenakan penalti. Sebelum itu, saya memastikan harga tiket pada tarikh yang diminta sama seperti tarikh asal.

Setelah 24 jam, saya mendapat email dari airlines tersebut. Saya amat terperanjat dan bersyukur. Saya mendapat itinerary yang baru. Alhamdulillah. Airlines tersebut tidak menjawab apa yang saya telah tulis tapi hanya dapat email itinerary (maksudnya mereka telah membaca). Saya mengucapkan tq dan mereka membalasnya.

Kawan-kawan jangan pukul rata isu saya ni. Saya cuma memberikan idea jika berlaku hal seperti saya. Mungkin peluang 0.01 bertukar kepada rezeki. Sapa tahu? Kita usaha. Dapat or xdapat tu bukan urusan kita.

So, kawan-kawan di luar sana mungkin boleh buat macam ni. Good luck. Berdoa. Rakan-rakan Islam amalkan solat dhuha tapi jangan anggap masalah akan selesai bila solat dhuha. Segala urusanNya. Apapun sebelum book pkir betul-betul melainkn kalau berlaku hal xdpt dielakkan yang datang secara tiba-tiba, kena redha atas segalanya.

**Airlines saya tak tulis sebab nanti orang akan berfikiran airlines ni memang boleh tukar or orang pukul rata.


Namun begitu, seperti mana yang diperkatakan oleh saudara Zulkarnain, kebarangkalian untuk berjaya adalah kurang, tapi, mana tahu dengan cara yang betul, anda juga boleh lakukannya, jika ada rezeki. Walau apa pun, boleh cuba dahulu, dan tawakal sahaja untuk yang seterusnya.

- Siakap Keli

BACA: Siapa Sangka, Anda Boleh ‘Upgrade’ Tiket Penerbangan Dari ‘Economy Class’ Kepada ‘Business Class’ Secara Percuma, Lelaki Ini Kongsi Caranya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli