Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terpaksa Bersesak, & Tidak dapat Tempat Duduk, Cara Ini Boleh Digunakan Ibu Mengandung Dalam Mendapatkan Tempat Duduk Ketika Menaiki Pengangkutan Awam

One Comment

Kebiasaanya kalau kita menaiki pengangkutan awam, sudah apsti ianya akan penuh dengan penumpang, lebih-lebih lagi sekiranya pada waktu puncak, seperti awal pagi, juga balik kerja.

Dengan keadaan tersebut, orang ramai akan mula berebut-rebut untuk mendapatkan tempat duduk, kerana tidak mahu berhimpit dengan terpaksa berdiri. Disebabkan ini jugalah, ada segelintir yang mengambil kesempatan duduk di tempat khas untuk ibu mengandung, orang kurang upaya, serta warga emas.

Sikap sebegini yang membuatkan mereka yang sepatutnya duduk di kerusi berkenaan kena berdiri. Mungkin ada yang tidak berani untuk bersuara, dan hanya berdiamkan diri, terpaksa berdiri di dalam pengangkutan awam.

Tapi, dengan cara yang dikongsikan oleh Siti Aishah ini, menerusi dari idea, serta perkongsian dari ibu hamil, Pn Wan Nur Syahifa, ia sedikit sebanyak beri kesedaran buat masyarakat untuk memberikan temapt duduk untuk mereka yang memerlukan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Tag Ibu Mengandung

Salam Kak Ice. Boleh tak nak mintak akak tolong share something.

Saya ni naik LRT hari-hari dan biasalah kadang tu tak dapat seat. Kadang kena mintak, kadang pernah tersalah offer dan disalah offer.

Disebabkan hari-hari mengadu penat tak dapat duduk, kadang dah mintak tapi orang buat tak tau je, suami pun buatkan tag ibu mengandung. Alhamdulillah cara ni berkesan


Saya rasa orang kita ni bukan tak prihatin, cuma tak perasan atau was-was. Takut salah offer kang sentap pulak. Jadi nak mintak tolong Kak Ice sharekan kat FB kak ice boleh? Saya sertakan link untuk orang senang download. Print dan laminate aja.

1. Click on the link.
2. Click 'Print' OR 'Download'.
3. Print and Laminate the Tag.
4. Display!


Mungkin tag sebegini boleh juga diberikan atau digunakan oleh orang kurang upaya, atau warga emas, mana tahu, cara sebegini dapat beri kesedaran buat kita yang kadang kala alpa dengan sikap pentingkan diri. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. HANYA #DEWA-LOTTO YANG DAPAT MERUBAH NASIB ANDA
    BURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli