Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular

No Comment

Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti lasak, seperti masuk hutan, sudah pasti perlu melalui jalan yang mempunyai hutan tebal, serta dahan-dahan patah atau pun rumput tinggi.

Bagitu juga ketika sedang memotong belukar, dan semak samun di rumah, yang mana mungkin ada haiwan berbisa seperti ular di dalam kawasan tersorok tersebut.

Bila sudah Nampak kelibat ular tersebut, kita pasti akan mula berasa panik, dan cuba untuk berlari dari tempat tersebut secepat mungkin.

Tapi, adakah tindakan tersebut betul?

Menerusi perkongsian dari seorang lelaki, iaitu saudara Muhamad Na’im Ab Razak, dia telah kongsikan beberapa tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berdepan dengan ular. Juga, apakah yang harus dilakukan sekiranya terdapat mangsa digigit ular.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


TIPS APABILA BERDEPAN DENGAN ULAR BERBAHAYA ATAU DIGIGIT ULAR

Ular bukanlah seperti yang ditunjukkan dalam wayang gambar di mana mereka menyerang manusia. Hakikatnya, ular adalah haiwan yang pemalu dan tidak mengganggu manusia kecuali berasa terancam. Walaubagaimanapun, sesetengah spesies boleh menyebabkan kecederaan serius termasuklah kematian.

Ular tedung selar (King Cobra, Ophiophagus hannah) jantan bagaimanapun boleh bertindak sebaliknya terutamanya pada musim membiak. Oleh itu, paling terbaik adaah untuk menjauhi sarang mereka. Mereka bersifat territorial dalam mempertahankan sarang mereka.

Secara umumnya, ini antara langkah yang boleh dilakukan jika anda bertemu ular.

1. Jangan panik dan perhatikan tingkah-laku ular.

2. Tanam rasa hormat dalam diri anda terhadap ular. Anggap semua ular sebagai berbisa melainkan anda terlatih dalam mengenalpasti spesies ular.

3. Jangan tunjukkan rasa takut anda kerana ular boleh mengesan reaksi ketakutan anda.

4. Jika ular berada dalam kedudukan jarak yang jauh, jangan mendekati ular tersebut dan jangan cuba mencederakan mereka menggunakan apa-apa cara sekalipun.

5. Jika ular masuk ke dalam rumah atau reban ayam, telefon 999 untuk meminta bantuan dari pihak bomba. Jangan mengendalikan ular secara bersendirian.

6. Kurangkan pergerakan kerana majoriti ular tertarik pada sebarang bentuk pergerakan. Ular kapak pula tertarik kepada haba yang dibebaskan badan. Sebenarnya, ular adalah rabun dan tidak bergantung kepada daya penglihatan semata-mata.

7. Jika ular melingkar pada kaki atau badan anda, sila bertenang! Mereka hanya akan menyerang jika terkejut. Ini boleh disebabkan oleh tindakan mangsa yang cuba melepaskan ular tersebut secara kasar.

8. Awas jika badan ular membentuk ‘S’ kerana jarak serangan mereka boleh menjadi bertambah jauh.

9. Bergerak secara perlahan-lahan untuk menjauhi ular.

10. Jangan mengambil gambar dengan menggunakan flash kamera.

11. Ular akan menunjukkan tanda amaran dan stres seperti mengangkat kepala, membuat bunyi, kencing atau berak.

Oleh itu, jauhi mereka. Sesungguhnya, mereka tidak akan menyerang jika tidak diganggu. Kebanyakan serangan yang berlaku adalah untuk menyelamatkan diri mereka.

12. Kami adalah badan yang tidak menyarankan sebarang bentuk perbuatan mencederakan atau membunuh ular. Walaubagaimanapun, jika ular sawa membelit badan anda dan besar hingga mengancam nyawa, anda boleh mematahkan ekor ular tersebut bagi meleraikan belitan makhluk itu. 

Anda juga boleh menggunakan pisau untuk mencederakan ular itu. Jika anda digigit, masukkan pakaian atau tuala ke dalam mulut ular secara perlahan-lahan bagi membebaskan gigitan tersebut.


Berikut adalah saranan rawatan pertolongan cemas apabila seseorang digigit ular

1. Tenangkan mangsa. Jauhkan mangsa dan diri anda dari bahaya. Kurangkan pergerakan fizikal.

2. Baringkan pesakit dalam keadaan selesa dan letakkan pembebat di kawasan yang digigit.

3. Alirkan mata menggunakan air bersih yang banyak sekiranya mata disembur dengan bisa ular (ular jenis tedung seperti naja sumatrana)

4. Longgarkan pakaian dan buang alat perhiasan diri di badan sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rawatan gigitan ular, layari sesawang Mstoxinology yang disediakan oleh Malaysian Society on Toxinology iaitu badan bukan kerajaan yang terdiri daripada saintis dan ahli perubatan yang pakar dalam bidang toksinologi. 

Badan ini juga menyediakan sesi konsultasi secara talian, 24 jam sehari dan 7 jam seminggu untuk kes gigitan ular dan haiwan marin melalui Remote Envenoming Consultation Services (RECS). Terima kasih kepada Mr Kumaradevan (USM) dan Bukit Bintang Enterprise atas usaha mengadakan Latihan Menangani Haiwan Yang Menimbulkan Konflik Kepada Manusia.

- Siakap Keli

BACA: 5 Mitos ‘Selamatkan Diri’ Ini Mungkin Boleh Membahayakan Diri Anda Sekiranya Masih Lagi Cuba Untuk Melakukannya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli