Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebelum ‘Travel’ Ke Korea, Pelajari Terlebih Dahulu 10 Perkataan Asas Bahasa Korea Ini

No Comment

Apabila melancong ke negara luar, kita pasti ingin menikmati budaya mereka, juga mengetahui serba sedikit akan cara hidup di sana. Mungkin antara perkara mudah yang dapat kita ikuti, adalah dari segi pemakian, makan, atau bahasa mereka.

Aktiviti ‘travel’ mungkin dilihat lebih seronok sekiranya kita dapat bertutur serba sedikit bahasa mereka, lebih-lebih lagi jika negara yang kita lawati tidak bercakap bahasa Inggeris dengan baik.

Macam mana pula jika ke Korea? Mungkin ada yang tahu serba sedikit akan maksud, atau bagaimana ingin bertutur bahasa Korea kerana drama, juga ‘variety show’ yang banyak kita tonton.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang gadis, iaitu saudari Sakinah Omar, yang telah menetap selama 3 tahun di Korea, saudari Sakinah telah kongsikan beberapa perkataan asas bahasa Korea yang boleh digunakan.

Mari kita belajar sikit bahasa Korea ini.


10 Perkataan Asas Bahasa Korea Yang Perlu Diketahui Sebelum Melancong ke Korea

Perkara yang paling penting yang perlu kita ketahui sebelum melancong ke Korea adalah belajar perkataan asas bahasa Korea. Orang Korea majoritinya kurang fasih berbahasa Inggeris, jadi agak sukar bagi pelancong asing untuk berkomunikasi dengan mereka terutama sekali apabila ingin membeli barang. Di sini kina list kan 10 perkataan asas Korea sebelum anda ke sana:

1. 안녕하세요. Anyong-haseyo (Hello/Hi)

Maksudnya Hai, Apa Khabar atau Selamat Pagi. Biasanya perkataan ini digunakan jika anda ingin menyapa seseorang. Ramai yang membuat silap dengan hanya menyebut ‘Annyeong’ kerana ‘Annyeong’ hanya sesuai digunakan jika anda betul-betul rapat dengan orang tersebut. Tetapi untuk menyapa orang yang baru anda kenali atau untuk menyapa orang-orang lebih tua, anda perlu menyebut ‘Anyong-haseyo’.

2. 맛있어요! Mashiso-yo! (Sedap!)

Bermaksud sedap. Kalau anda rasa makanan di Korea itu menepati citarasa anda dan sedap, perkataan ini amat sesuai digunakan.

3. 도와주세요. Dowa-Juseyo (Sila Bantu Saya)

‘Sila bantu saya’. Kebiasaanya perkataan ini digunakan jika anda ingin meminta bantuan daripada orang di Korea. Juseyo bermaksud 'Please'



4. 여기 어디에요? Yogi odi Yeyo? (Ini Di Mana? / Saya Di Mana?)

Jika anda sesat, anda boleh menggunakan perkataan ini untuk bertanya di manakah lokasi sebenar anda berada. Perkataan tersebut bermaksud ‘Saya di mana?’. Ataupun jika anda ingin ke sesuatu tempat, anda boleh juga tunjukkan lokasi gambar / alamat tempat tersebut dan tanya mereka ‘Yogi odi Yeyo?’ yang bermaksud ‘ini di mana?’

5. 얼마에요? Ulma-eyo? (Berapa Harga Barang Ini?)

Apabila anda membeli barang di Korea, perkara paling utama yang berada dalam fikiran anda ialah tentang harga barang berkenaan. Maksudnya ialah ‘Berapa harga barang ini?’ Jadi, anda bolehlah menggunakan perkataan tersebut untuk bertanyakan harga barang yang ingin dibeli.

6. 감사합니다. Kamsa-hamnida (Terima Kasih)

Orang Korea jenis yang berbudi bahasa. Perkataan yang paling kerap and akan dengar di sana ialah ‘kamsahamnida’ yang bermaksud ‘terima kasih’.


7. 죄송합니다. Jusong-hamnida (Saya Minta Maaf)

‘Jusong hamnida’ pula bermakna ‘maafkan saya’. Korea merupakan tempat yang sibuk dan padat dengan penduduknya terutama sekali di Seoul, anda boleh menggunakan perkataan ini jika anda terlanggar seseorang ataupun ketika anda ingin meminta ruang untuk berjalan.

8. 영어 하세요? Yongo-haseyo? (Adakah Awak Tahu Berbahasa Inggeris?)

Semestinya kita sebagai pelancong kita tidak pandai berbahasa Korea. Oleh itu, anda boleh mencuba nasib dengan bertanyakan soalan tersebut kepada orang Korea yang bermaksud ‘Adakah awak tahu berbahasa Inggeris?’

9. 물 주세요. Mul-juseyo (Tolong Berikan Saya Air)

Jika anda ke restoran dan anda ingin meminta air, anda boleh menggunakan perkataan tersebut untuk meminta air yang bermaksud ‘Tolong berikan saya air’

10. 고기있어요?. Kogi-Isoyo? (Adakah Makanan Ini Mengandungi Daging?)

Jika anda ingin membeli makanan di kedai dan ingin memastikan samada makanan tersebut mengandungi daging atau tidak, anda boleh bertanya kepada orang kedai soalan tersebut yang bermaksud ‘adakah makanan ini mengandungi daging?’

- Siakap Keli

BACA: Bandar Busan Bertukar Menjadi Warna-Warni Dengan Musim Bunga, 6 Lokasi Ini Menjadi Tarikan Utama Untuk Dilawati Bagi Menikmati Keindahan Bunga Sakura
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli