Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sayu, Kanak-Kanak Ini 'Kirim' Nota Luah Rasa Rindu Kepada Arwah Ibunya Yang Meninggal Setahun Lalu

No Comment

Setiap yang hidup pasti akan merasaa saat kematian, saat roh berpisah dengan jasad dan akan pergi meninggalkan segala apa yang ada di dunia ke alam barzakh, di sana roh akan disoal amalannya dan menunggu hari kebangkitan.

Ada menusia yang pergi ketika saat dia amat diperlukan, ada yang pergi ketika mereka sedang bahagia, namun perlu diketahui mati itu pasti, tidak kira masa, tua atau muda.

Bagi anak-anak kecil yang ibu bapanya sudah meninggal di saat mereka dahagakan kasih sayang, ianya sudah pasti amat memilukan, namun itulah segala ketentuanNya.

Dikongsikan oleh Puan Natipah Abu dua keping gambar yang memaparkan luahan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun bernama Adib yang cukup menyentuh hati, Adib telah kehilangan ibunya setahun lalu akibat kanser paru-paru.

Jom kita baca nota rindu berkenaan.

NOTA RINDU.....

Nota hati seorang anak yg telah kehilangan kasih ibu....Ibunya telah dijemput kembali ke Rahmatullah akibat kanser paru- paru lebih setahun yg lalu....

Arwah ibunya ketika hayat ...pernah dibantu oleh kita di sini. Dan setelah ibunya pergi...kita di sini terus membantu membelikan baju raya dan baju sekolahnya....

Anak lelaki yg baru berusia 12 tahun ini zahirnya periang ...namun nota hati yg ditemui oleh ibu saudaranya yg kini mengambil alih tugas menjaga dia di dalam beg sekolahnya...menjawab segalanya.

Sebaknya membaca nota hati ini...Terbayang-bayang wajah arwah ibunya....seakan terasa eratnya genggaman tangan arwah...sewaktu menunaikan permintaan terakhirnya utk bertemu Kak Pah sebelum dia pergi utk selamanya hanya beberapa hari sesudah itu..

Ternyata....anak ini memendam kesedihan dan kerinduannya yang amat sangat terhadap ibu yg telah pergi..


"Hidup ini macam air laut. Elok dr luar ..dalam penuh masalah...
 penuh sampah orang berikan.
Ya Allah ..aku tahu kau berikan aku dugaan ini mengapa. 
Sebab nanti Allah nak beri bahagia lagi banyak pada dugaan. Dugaan itu sikit ja. 
Ya Allah...tempatkanlah ibuku syurga. Kau tempatkan lah aku syurga"


" Setiap dugaan Allah berikan kena terima dgn menyebut alhamdulillah. 
Ya Allah...tenangkanlah aku utk menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu Ya Allah..
setiap hari aku rindukan ibuku...dah dekat puasa..rindu ibu masak..
haritu maknjang beli baju raya... tahun ni tak tau macamana..
Adib redha ibu kalau tahun ni takda baju raya "

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli