Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini: Operasi #SAR Berjaya Temukan Bot Boarding Team KD Perdana Yang Hilang

Pengesahan visual dari Beerchraft


22 Mei - Bot Boarding Team KD Perdana ditemui selamat oleh pesawat Beerchraft TUDM di 90 batu nautika dari perairan timur Kuantan sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Twitter sebentar tadi.

Difahamkan juga, bot itu berjaya dikesan susulan dari laporan dari kapal dagang sebelum ini.

"#SAR bot KD PERDANA. Ekoran laporan dari kapal dagang, pesawat Beechcraft #TUDM telah ditugaskan dan melaporkan bot dijumpai selamat," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada anak kapal selamat, beliau berkata: "They look good from the air. Thank you all for assisting in the SAR. Great team effort!" (Mereka nampak baik dari atas udara. Terima kasih kerana membantu dalam operasi SAR ini. Kerjasama yang bagus!".

Selain itu, beliau juga turut memuat naik foto visual keadaan bot tersebut.

Difahamkan, bot tersebut gagal dihubungi sejak pukul 8.13 malam semalam dan kali terakhir dikesan di kedudukan 29 batu nautika dari darat di perairan Tanjung Sedili, Johor.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli