Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Bawa Anjing Ke Restoran, McD Tegaskan Ianya Salah Dan Langgar Peraturan


Pihak McDonald’s Malaysia hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan pelanggan yang masih berdegil membawa anjing ke premis restoran makanan segera milik mereka seperti yang berlaku di Bukit Indah kelmarin, lapor Harian Metro.

Pihak pengurusan restoran makanan segara terkenal berkeaan dalam satu sidang media menyatakan tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Bertindak hasil maklumat orang ramai, pengurusan restoran makanan segera itu telah menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar premis di Bukit Indah dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran.

“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.

“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami," kata mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli