Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja 16 Tahun Meninggal Dunia Selepas Minum Kafien Berlebihan - Koroner



Kafein berlebihan penyebab kematian seorang pelajar 16 tahun dari South Carolina yang rebah ketika di dalam kelas, kata seorang koroner.

Definisi Koroner dari Kamus Dewan.

Menerusi satu sidang akhbar hari ini, koroner terbabit, Gary Watts, berkata punca kematian Davis Allen Cripe adalah 'kegagalan kardiak berpuncakan kafein'.

Watts berkata, dalam masa dua jam sebelum Cripe rebah, remaja itu meminum sebotol besar air minuman soda, latte dan juga minuman tenaga.

"Kita kehilangan Davis akibat bahan yang sah (dari segi undang-undang - kafein)," kata Watts.

"Terlalu banyak kafein di saat kematiannya, yang menyebabkan aritmia."

Aritmia adalah kondisi dimana degupan jantung tidak normal, sama ada ia bergerak terlalu pantas, terlalu perlahan atau tidak menentu.

Beberapa jenis aritmia tidak berbahaya tetapi yang lain, termasuk fibrilasi ventrikular, boleh mengancam nyawa.

Kata Watts lagi, hasil bedah siasat mendapati remaja berkenaan sihat dan tiada sebarang dadah atau alkohol dijumpai dalam badannya.

Watss berkata, apa yang berbahaya dalam kes ini adalah kita tidak tahu siapa yang akan bertindak balas terhadap kafein sebagaimana yang dialami oleh Cripe: "Kita boleh ada lima orang beratur dan semua dari mereka melakukan perkara yang sama dibuat oleh dia (Cripe) pada hari itu, dan ia (kafien) mungkin tidak memberi sebarang kesan kepada mereka," kata Watts.

Sumber: Vice.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli