Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Putus Cinta Dipercayai Punca Remaja Minum Racun

Tempat kejadian seorang remaja dipercayai minum racun di Nilai.

Nilai, 4 Mei - Polis percaya tindakan remaja lelaki yang mati selepas dikatakan dipaksa meminum racun sebenarnya melakukan tindakan itu dengan kerelaan sendiri disebabkan putus cinta

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, pihaknya menemui penemuan terbaru itu hasil keterangan seorang saksi yang juga rakan baik kepada remaja berusia 15 tahun itu.

Menurutnya, rakan remaja itu menceritakan kejadian sebenar ketika memberi keterangan kepada polis di Balai Polis Nilai malam tadi.

"Saksi mendakwa berjumpa mangsa di belakang sebuah pasar raya di sini, kira-kira jam 2 petang, pada 26 April lalu. Dia melihat rakannya itu membawa botol air mineral yang mengandungi cecair biru dan memberitahu mahu minum cecair itu yang dipercayai racun kerana cintanya ditolak.

"Walaupun dihalang, remaja itu tidak mempedulikan nasihat rakannya lalu masuk ke kawasan kebun getah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Nilai di sini," katanya pada sidang media di Balai Polis Nilai di sini, hari ini.

Sebelum ini, remaja terbabit dikatakan dipaksa minum racun oleh sekumpulan remaja lain pada 26 April lalu dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar sehari kemudian.

Mangsa meninggal dunia di HTJ, kira-kira 9.30 malam kelmarin.

Tambah Zaldino lagi, saksi juga mengaku memberitahu ibu bapa rakannya itu bahawa anak mereka dipaksa minum racun kerana takut mereka memarahinya.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan, tetapi setakat ini, keluarga mendiang tidak memberikan kerjasama kepada polis menyebabkan pihaknya akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk mendapatkan keterangan mereka.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli