Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Predator Kena Tangkap Dengan Polis Di Langkawi Hanyalah Aksi Gurau-Gurau


Sejak semalam tersebar sekeping gambar yang memaparkan seorang lelaki yang berpakaian seperti Predator telah ditahan anggota polis bantuan di pintu masuk pusat pelancongan Dataran Lang, Langkawi.

Namun, menurut Polis bantuan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Faizal Mohamad, 45, berkata gambar itu sebenar adalah gurauan dan diambil ketika berlangsung Festival Motosikal Berkuasa Tinggi Diraja Langkawi (FMBTDL) 2017 minggu lalu.

"Gambar itu diambil oleh seorang lelaki di mana ketika itu saya sedang bergurau dengan penunggang motosikal sejurus peserta konvoi FMBTDL itu tiba di Dataran Lang tempat saya betugas."

"Penunggang motosikal yang berasal dari Alor Setar itu adalah peserta konvoi terakhir tiba di Dataran Lang sebelum kami sempat bergurau bersama dan kebetulan rakannya  merakamkan gambar.

"Bagaimanapun, petang ini saya menerima banyak panggilan telefon dan pesanan mesej dalam aplikasi WhatsApp bertanyakan hal itu selepas gambar saya bergurau dengan penunggang itu tular di media sosial," katanya.

Rata-rata pengguna media sosial telah memuatnaik gambar dengan kepsyen yang berbunyi ''Predator 'ditangkap' ketika muncul di Langkawi. Mungkin kena hantar balik ke tempat asal, tapi kat mana ya?"

Predator adalah sebuah watak pemangsa yang terkenal dalam sebuah filem sains fiksyen pada era 80-an dan digambarkan sebagai makhluk asing yang memiliki kegemaran berburu. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli