Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Scammer Jual Kereta Murah Online, Dedah Modus Operandi Yang Digunakan

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber/Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din. - Foto NSTP/Muhammad Asyraf Sawal

Kuala Lumpur, 9 Mei - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran penjualan kereta murah secara atas talian di Facebook, Mudah.my dan juga Instagram.

Lelaki berkenaan ditahan di Setiawan, Perak, petang tadi.

Menurut BH Online, lelaki yang berusia 42 tahun itu mula melakukan aktiviti itu pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, setakat ini, kerugian yang dialami mangsa yang direkodkan adalah sebanyak RM218,000.

Menurut beliau, cara lelaki terbabit mengumpan mangsa adalah dengan meletakkan tawaran jualan kereta dalam media sosial.

Sekiranya mangsa berminat, mangsa perlu membuat bayaran pendahuluan antara RM500 ke RM3,000.

Liciknya, suspek menghubungi mangsa sehari kemudian dengan mengatakan kononnya ada pembeli lain yang berminat dengan kereta terbabit.

"Sehari selepas itu, suspek akan menghubungi pembeli terbabit bahawa terdapat pembeli lain yang sanggup membuat bayaran penuh untuk mendapatkan kereta berkenaan," katanya.

Kata beliau lagi, tujuan suspek berbuat demikian adalah untuk memperdaya mangsa supaya merebut peluang membuat bayaran penuh sekiranya masih berminat untuk membeli kereta terbabit, dalam masa yang sama menyimpan kereta itu untuk mangsa.

"Namun selepas membuat bayaran penuh, suspek akan menghilangkan diri dan pembeli akan gagal menghubunginya menerusi nombor telefon yang diberikan," katanya.

Tambah beliau, suspek juga didapati menggunakan 11 akaun bank tempatan milik lima individu yang dipercayai 'keldai akaun' bagi membolehkan proses transaksi wang setiap mangsanya.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan direman esok.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli