Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pokok Hiasan Bernilai RM180,000 Di Kuala Terengganu Dilaporkan Sudah Mati


Sebatang pokok benang sutera bernilai RM180,00 yang dibeli daripada Brazil baru-baru ini untuk ditempatkan di Bandar Baru Kuala Nerus di Terengganu dilaporkan telah mati, lapor Berita Harian.

Memetik laporan berita dari akhbar tersebut, pokok yang nama saintifiknya Ceiba Chodatii mati kerana faktor cuaca, tanah dan baja.

"Amat sayang sekali kerana pokok berkenaan sudah mati, ianya tidak dapat dielakkan kerana faktor cuaca."

"Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia adalah panas, namun ada beberapa perbezaan ketara untuk pokok berkenaan ditanam di sini," jelas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur; Kemudahan Awam;. Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Hijau Rosli Othman kepada akhbar itu.

Beliau juga memberitahu terdapat rancangan untuk menggantikan pokok berkenaan.


Beberapa bulan lalu, pembelian pokok berkenaan menjadi kontroversi selepas pembangkang telah mempersoalkan perbelanjaan untuk mendapatkan pokok berkenaan daripada Brazil.

Bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah tampil menjelaskan bahawa pokok berkenaan dibeli adalah tidak datang daripada peruntukan awam.

Pengarah JKR Terengganu Ab Hamid Md Daud berkata pembelian pokok-pokok telah ditanggung oleh kontraktor utama projek ini dan tidak termasuk dalam skop projek. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli