Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Persiapkan Diri Dengan Pelan Kecemasan Ini Seawal Mungkin, Sebelum Tiba Masa Diri Kehilangan Kerja

No Comment
Foto: entrepreneur

Bila mana telah berkerjaya, ia adalah saat di mana kita perlu bijak untuk mengawal dan mengurus kewangan, dalam memastikan tidak terlalu boros berbelanja, sehingga gaji hanya cukup makan sahaja.

Lagi-lagi kalau sudah berkeluarga, yang mana perbelanjaan isi rumah harus sentiasa cukup, dan simpanan juga senstiasa ada.

Tapi, bagaimana pula, sekiranya kita perlu berdepan dengan situasi yang tidak diduga, yang mana dibuang kerja, atas faktor mengurangkan pekerja, atau lain-lain.

Ianya pasti menimbulkan pelbagai kegusaran, untuk berdepan dengan hari-hari mendatang. Menerusi perkongsian dari saudara Harith Faisal, ada beberapa perkara yang mana harus disiapkan terlebih dahulu, sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dibuang kerja.

Apakah perkara tersebut? Mari kita ikuti penjelasan darinya.

Foto: pinterest

Orang yang takut dibuang kerja

1. Takda simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan sangat penting. Level newbie, kau dapatkan dulu simpanan kecemasan sama dengan 3 bulan gaji. Nak lebih okay, simpan sampai cukup 6 bulan gaji. Dapat 12 bulan punya gaji lagilah okay.

2. Takda income pelaburan

Ilmu pelaburan kau kena ada walau kau rasa kerjaya kau dah stabil. Sebab kalau duit yang kau ada tak dilaburkan, macam mana nak berkembang. Kalau dibuang kerja, income dari pelaburan inilah kau guna untuk sara hidup.

3. Takda side income

Bila dah ada side income, kau akan rasa lebih selamat kalau dibuang kerja. Lagi-lagi kalau side income tu sama dengan gaji sebulan kau. Ala, buat sambil-sambil je. Kalau rasa tak cukup dengan satu side income, buat dua.

4. Takda rumah sendiri

Buatnya betul-betul kena buang kerja, mesti kau paling takut tak dapat bayar sewa rumah. Lebih tragis, tuan rumah kau tu garang takde hati perut. Habis dihalau kau dan keluarga. Kalau dapat yang baik hati, untunglah kau.

5. Takda ilmu

Kalau takda ilmu, memang haru hidup kau. Sepatutnya awal-awal kerja dah mula cari ilmu pelaburan dan hartanah. Bila ada ilmu, kau takkan ada masalah 1, 2, 3 dan 4 tu. Belajar cepat-cepat sebelum terlambat.

Kalau dah namanya makan gaji, kita kena jangka apa benda buruk yang bakal berlaku kat kita. Dimarahi boss, jangan melawan. Itu dah masuk dalam job skop kita. Layankan je. Kalau dah tak tahan, resignlah. Buat apa tunggu.


Dibuang kerja. Bersedialah daripada awal. Bila kita dah tak diperlukan dan menambah beban kat syarikat, takkan boss masih nak simpan kita. Mestilah dia akan buang kita secara terhormat walau tanpa kita relakan.

Jadi, cepat-cepatlah tangani 5 ciri-ciri kat atas tu. Kawan ofis semua baik-baik, lunch sama-sama. Tapi bila kau dah dibuang kerja, tak adanya dorang nak bank in RM3K sebulan kat kau. Pandai-pandailah kau teruskan hidup.

- Siakap Keli

BACA: Berhadapan Situasi Dibuang Kerja Serta-Merta Oleh Majikan, Ini Hak Anda Yang Harus Anda Ketahui
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli